Advertise Here

Hamparan Kasturi

- Another Blogger Blog's




BismiLLâhir-Raĥmanir-Raĥim

'Alam Nasyraĥ Laka Şadrak ۝ Wa Wađa-Nâ Anka Wizrak ۝ Allażi 'Anqađa Źahrak ۝ Wa Rafa-Nâ-Laka-Żikrak ۝ Fa-'Inna Ma-Al-Usri Yusrâ ۝ 'Inna Ma-Al Usri Yusrâ ۝ Fa 'Iżâ Faraġta Fanşab ۝ Wa 'Ilâ Rabbika Farġab ۝

Maksudnya:
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (Wahai Muhammad serta mengisinya Dengan iman dan hidayah petunjuk) ?
Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam) -
Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan Dalam melaksanakannya)?
Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?
Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) Bahawa Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
(Sekali lagi ditegaskan): Bahawa Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
Kemudian apabila Engkau telah selesai (daripada sesuatu amal Soleh), maka bersungguh-sungguhlah Engkau berusaha (mengerjakan amal soleh Yang lain),
Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah Engkau memohon (Apa Yang Engkau gemar dan ingini).

1 comments:

Urdu Poetry Lover said...

That's really amazing recitation about (surah al insyirah rumi). Thanks for sharing. I really love it.

Post a Comment