Nabi
Muĥammad ﷺ ceritakan pengalaman saksi balasan
dahsyat ketika isra' mi'raj, Ali berkata: "Saya dengan Fatimah pergi
menghadap Nabi Muĥammad ﷺ. Kami dapati beliau sedang menangis,
lalu kami bertanya kepadanya, apakah yang menyebabkan ayahanda menangis, ya
RasuluLLâh?
"
Nabi Muĥammad ﷺ menjawab: "Pada malam aku diisrak
hingga ke langit, di sana aku melihat perempuan dalam keadaan amat dahsyat.
Dengan sebab itu aku menangis mengenangkan azab yang diterima mereka.
"
Ali bertanya: "Apakah yang ayahanda lihat di sana?" Nabi Muĥammad ﷺ menjawab:
☞ "Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otak kepalanya
menggelegak. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke
belakang dan timah cair di-curah ke dalam halkumnya (tekak)
☞. "Aku lihat perempuan yang digantung kedua kakinya terikat,
tangannya diikat ke ubun-ubunnya, disuakan ular dan kalajengking.
☞ Aku lihat perempuan yang memakan dagingnya sendiri, di bawahnya
dinyalakan api neraka.
☞ Aku lihat perempuan mukanya hitam dan memakan tali perutnya sendiri.
☞ "Aku lihat perempuan yang telinga pekak dan matanya buta,
diisikan ke dalam peti yang diperbuat daripada api neraka, otaknya keluar
daripada lubang hidung, badan bau busuk kerana penyakit kusta dan sopak.
☞ "Aku lihat perempuan yang kepalanya seperti babi, badannya
seperti himar berbagai kesengsaraan dihadapinya.
☞ Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, kalajengking dan
ular masuk ke kemaluannya, mulut dan pelepasnya (punggung).
☞ Malaikat memukulnya
dengan corong api neraka.
"Fatimah
pun bertanya kepada ayahandanya: "Ayahanda yang dikasihi, beritakanlah
kepada ananda, apakah kesalahan yang dilakukan oleh perempuan itu?" Nabi
Muĥammad ﷺ menjawab:
☞ "Perempuan tergantung rambutnya itu adalah perempuan yang tidak menutup
rambut daripada bukan muhrimnya.
☞ Perempuan tergantung lidahnya ialah perempuan yang menggunakan
lidahnya untuk memaki dan menyakiti hati suaminya.
☞ "Perempuan yang digantung susunya adalah perempuan yang
menyusukan anak orang lain
tanpa suaminya.
☞ Perempuan kedua kakinya tergantung itu ialah perempuan yang keluar
dari rumahnya tanpa izin suaminya.
☞ "Perempuan tidak mau mandi setelah haid nan nifas ialah
perempuan yang memakan badannya sendiri, juga kerana ia berhias untuk lelaki bukan suaminya dan suka
mengumpat orang.
☞ "Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api
neraka kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang asing, bersolek dan
berhias supaya kecantikannya dilihat lelaki lain.
☞ "Perempuan diikat kedua kakinya dan tangannya ke atas ubun-ubunnya,
disuakan ular dan kalajengking kepadanya kerana ia boleh sembahyang tetapi
tidak mengerjakannya dan tidak mandi janabah.
☞ "Perempuan kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar
ialah ahli pengumpat dan pendusta.
☞ Perempuan rupanya seperti anjing ialah perempuan yang suka membuat
fitnah dan membenci suaminya.
Seterusnya
Nabi Muĥammad ﷺ bersabda yang bermaksud:
"Perempuan
menyakit hati suami dengan lidahnya pada hari kiamat nanti ALLâh jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta
kemudian diikat di belakang tengkoknya.
Abu Bakar as-Sidik mengatakan, aku dengar Nabi
Muĥammad ﷺ bersabda yang bermaksud:
☞ "Perempuan menggunakan lidah untuk
menyakiti hati suaminya ia akan dilaknat dan kemurkaan ALLâh.
"
Usamah bin Zaid menceritakan, bahawa Nabi Muĥammad ﷺ bersabda yang
bermaksud:
☞ "Aku berdiri di atas syurga,
kebanyakan yang masuk ke dalamnya adalah golongan miskin dan orang kaya
tertahan di luar pintu syurga kerana dihisab.
Selain
daripada itu ahli neraka diperintahkan masuk ke dalam neraka, dan aku berdiri
di atas pintu neraka, ku lihat kebanyakan yang masuk ke dalam neraka adalah
perempuan.
"
Nabi Muĥammad ﷺ bersabda yang bermaksud:
☞ "Aku lihat api neraka, tidak pernah
aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di
dalamnya aku saksikan kebanyakan ahli neraka adalah perempuan.
"
Nabi Muĥammad ﷺ ditanya, mengapa ya RasuluLLâh? Baginda ﷺ menjawab:
☞ "Perempuan mengkufurkan suaminya dan
mengkufurkan ihsannya, Jika engkau membuat baik kepadanya seberapa banyak pun
dia belum berpuas hati dan cukup" … WaLLâhu 'A‘Lam
Biş-Şawab...
0 comments:
Post a Comment