PERCAYA
kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa
kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat
mendapat keistimewaan.
Dalam
hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian
mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan.
Ketika
kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita
perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat.
Antara
orang yang mendapat doa malaikat ialah:
✐ Orang
yang tidur dalam keadaan bersuci. Nabi Muĥammad
ﷺ bersabda, maksudnya:
“Sesiapa
yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya.
Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: “Ya ALLâh, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.”
✐ Orang
yang sedang duduk menunggu waktu solat. Nabi Muĥammad ﷺ bersabda maksudnya:
“Tidaklah
salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam
keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: ‘Ya ALLâh, ampunilah ia. Ya ALLâh sayangilah ia.’”
✐ Orang
yang berada di saf depan solat berjemaah. Nabi Muĥammad ﷺ bersabda, maksudnya:
“Sesungguhnya
ALLâh dan kalangan malaikat-Nya
berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan.”
✐ Orang
yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam
saf) . Nabi Muĥammad ﷺ bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah
dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf.”
✐ Kalangan
malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah. Nabi
Muĥammad ﷺ bersabda maksudnya:
“Jika
seorang imam membaca…(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah
oleh kamu ‘aamiin’ kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan
malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu.”
✐ Orang
yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat Nabi Muĥammad ﷺ bersabda, maksudnya:
“Kalangan
malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di
dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat.”
✐ Orang
yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah. Nabi Muĥammad ﷺ bersabda maksudnya:
“Kalangan
malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba)
pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit)
dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.”Kemudian mereka berkumpul lagi pada
waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat
Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap
tinggal lalu ALLâh bertanya kepada
mereka: “Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?”Mereka menjawab: ‘Kami datang
sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan
mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.’”
✐ Orang
yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan. Nabi Muĥammad ﷺ bersabda, maksudnya:
“Doa
seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang
didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang
malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya
dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata ‘aamiin dan engkau pun mendapatkan
apa yang ia dapatkan.’”
✐ Orang
yang membelanjakan harta (infak. Nabi Muĥammad
ﷺ bersabda, maksudnya:
“Tidak
satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua
malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: ‘Ya ALLâh, berikanlah ganti bagi orang yang
berinfak…’”
✐ Orang
yang sedang makan sahur. Nabi Muĥammad
ﷺ bersabda maksudnya:
“Sesungguhnya
ALLâh dan kalangan malaikat-Nya
berselawat kepada orang yang sedang makan sahur.”
✐ Orang
yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit. Nabi Muĥammad ﷺ bersabda, maksudnya:
“Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya
kecuali ALLâh akan mengutus 70,000
malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang
dan di waktu malam hingga Subuh.”Itulah antara mereka yang mendapat doa
malaikat. Semoga kita termasuk dan tersenarai sama
0 comments:
Post a Comment