@Bacalah
Quran Dan Hayatinya
Dikisahkan Bahawa Sewaktu
Fatimah رضي ﷲ عنه. Meninggal Dunia Maka Jenazahnya
Telah Diusung Oleh 4 Orang, Diantaranya Ialah:
✐ Ali bin Abi Talib (suami Fatimah رضي ﷲ عنه)
✐ Hasan (anak Fatima رضي ﷲ عنه)
✐ Husin (anak Faimah رضي ﷲ عنه)
✐ Abu Dzafrrin Al-Ghifary رضي ﷲ عنه
Sewaktu
jenazah Fatimah رضي ﷲ عنه diletakkan di tepi kubur maka Abu Dzafrrin
Al-Ghifary رضي ﷲ عنه berkata kepada kubur, "Wahai kubur, tahukah kamu
jenazah siapakah yg kami bawakan kepada kamu? Jenazah yg kami bawa ini adalah
Siti Fatimah az- Zahra, anak RasuluLLâh ﷺ." Maka berkata kubur, "Aku
bukannya tempat bagi mereka yg berdarjat atau orang yg bernasab, adapun aku
adalah tempat amal soleh, orang yg banyak amalnya maka dia akan selamat dariku,
tetapi kalau orang itu tidak beramal soleh maka dia tidak akan terlepas dari
aku (akan aku layan dia dengan seburuk- buruknya)."
Abu Laits As-Samarqandi Berkata
Kalau Seseorang Itu Hendak Selamat Dari Seksa kubur Hendaklah Melazimkan Empat Perkara
Semuanya:
✐ Hendaklah ia menjaga solatnya
✐ Hendaklah dia rajin bersedekah
✐ Hendaklah dia rajin membaca Al-Qur-'Ân
✐ Hendaklah dia memperbanyakkan membaca
tasbih kerana dengan memperbanyakkan membaca tasbih, ia akan dapat menyinari
kubur dan melapangkannya.
Adapun Empat Perkara Yang
Harus Dijauhi Ialah :
✐ Jangan berdusta.
✐ Jangan mengkhianat.
✐ Jangan mengadu-domba (jangan suka
mencucuk sana cucuk sini).
✐ Jangan kencing sambil berdiri.
Nabi
Muĥammad ﷺ bersabda yg bermaksud : "Bersucilah
kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan seksa kubur itu
berpunca dari kencing." [Hadith Riwayat Muslim]
Seseorang
itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam seksaan dalam kubur, walaupun
ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan ALLâh
و تعالى سبحانه
Sebaliknya
kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang
berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut
amal soleh yg telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini. Jangan sekali-kali
kita berfikir bahawa kita akan dapat menjawab setiap soalan yg dikemukakan oleh
dua malaikat Mungkar dan Nakir dengan cara kita menghafal.
Pada
hari ini kalau kita berkata kepada saudara kita yg jahil takutlah kamu kepada ALLâh dan takutlah kamu kepada soalan yg
akan dikemukakan ke atas kamu oleh Malaikat Mungkar dan Nakir, maka mereka
mungkin akan menjawab, "Ah mudah saja, aku boleh menghafal untuk
menjawabnya."
Itu
adalah kata-kata orang yg tidak berfikiran. Seseorang itu tidak akan dapat
menjawab setiap soalan di alam kubur jikalau dia tidak mengamalkannya sebab yg
akan menjawab ialah amalnya sendiri
0 comments:
Post a Comment