BismiLLâhir-Raĥmanir-Raĥim
Yâ 'Ayyuhâl-Muddashshir Qum Fa-'Anżir Wa Rabbaka Fa-Kabbir Wa Shiyâbaka Faţahhir Warrujza Fahjur Wa Lâ Tamnun-Tastakshir Wa Li-Rabbika Fâşbir Fa-'Iżâ
Nuqira Fin-Nâqur Fa-Żâlika Yawma-'Iżiy-Yawmun ‘Asir
‘Alal-Kâfirina Ġayru
Yasir Żarni Wa Man Khalaqtu Waĥidâ Wa Ja-‘Altu Lahu Mâlam Mamdudâ Wa Banina Syuhudâ Wa Mahhattu
Lahu Tamhidâ
Shumma Yaţma-‘U
'An 'Azid Kallâ 'Innahu Kâna Li-'Âyâtinâ ‘Anidâ Sa-'Urhiquhu Şa-‘Udâ 'Innahu Fakkara
Wa Qaddar Faqutila Kayfa Qaddar Shumma
Qutila Kayfa Qaddar Shumma
Naźar Shumma ‘Abasa Wa Basar Shumma 'Adbara Wastak-Bar Faqâla 'In Hâżâ 'Illâ Siĥruy-Yu'-Shar
'In Hâża 'Illâ Qawlul-Basyar Sa-'Uşlihi Saqar Wa Mâ 'Adrâka Mâ Saqar Lâ
Tubqi Wa Lâ Tażar Lawwâĥatul-Lil-Basyar
‘Alayhâ Tis-‘Ata
‘Ashar Wa Mâ Ja ‘Alnâ 'Aş-Ĥabannâri 'Illâ Malâ 'Ikataw Wa
Mâ Ja ‘Alnâ ‘Iddata-Hum
'Illâ Fitnatal-Lillażina Kafaru Li-Yastay-Qinallażina 'Utul-Kitâba Wa Yazdâdal-Lażina
'Âmanu 'Imânaw Wa Lâ Yartâballażina 'Utul-Kitâba Wal-Mu'-Minuna Wa
Li-Yaqulalażina
Fi Qulubi-Him Marađuw Wal-Kâfiruna Mâ-Żâ
'ArâdaLLâhu Bihażâ Mashalâ Każâlika YuđilluLLâhu May-Yasyâ-'U Wa Yahdi
May-Yasyâ'. Wa Mâ Ya‘ Lamu Junuda
Rabbika 'Illâ Hu. Wa Mâ Hiya 'Illâ Żikrá Lil-Basyar Kallâ Wal-Qamar Wallayli 'Iż 'Adbar Waş-Şubĥi
'Iżâ 'Asfar 'Innahâ La-'Iĥdâl-Kubar Nadżiral-Lil-Basyar Liman Syâ-'A Minkum 'Ay-Yata-Qaddama 'Aw Yata-'Akh-khar Kullu Nafsim-Bimâ Kasabat Rahinah
'Illâ 'Aş-Ĥâbal-Yamin Fi Jannâtiy-Yatasâ-'Alun
‘Anil-Mujrimin Mâ Salakakum Fi Saqar Qâlu Lam Naku Minal-Muşallin Wa Lam Naku Nuţ-‘Imul-Miskin Wa Kunnâ Nakhuđu Ma-‘Al-Khâ-Iđin Wa Kunnâ Nukażżibu Bi-Yawmid-Din Ĥattá 'Atânal-Yaqin Famâ Tanfa-‘Uhum Syafâ-‘Atusy-Syâfi-‘In Famâ Lahum ‘Anit-Tażkirati
Mu‘-riđin Ka-'An-Nahum Ĥumurum-Mustanfirah Farrat Min-Qas-Warah Bal Yuridu
Kullum-Ri-'Im-Minhum 'Ay-Yu'-Tâ Şuĥufam Munasy-Syarah Kallâ Bal Lâ Yakhâ-Fu-Nal-'Âkhirah Kallâ 'Innahu Tażkirah Faman Syâ-'A Żakarah Wa Mâ Yażkuruna 'Illâ 'Ay-Yasyâ-'ALLâh; Huwa 'Ahlut-Taqwâ Wa 'Ahlul-Maġfirah
Maksudnya:
Dengan
Nama ALLâh Yang Maha Pemurah Lagi
Maha Mengasihani
✐ Wahai orang Yang berselimut!
✐ Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat
manusia).
✐ Dan Tuhanmu, maka ucaplah dan ingatlah kebesaranNya!
✐ Dan pakaianmu, maka hendaklah Engkau bersihkan.
✐ Dan Segala kejahatan, maka hendaklah Engkau jauhi.
✐ Dan janganlah Engkau memberi (sesuatu, Dengan tujuan hendak)
mendapat lebih banyak daripadanya.
✐ Dan bagi (menjalankan perintah) Tuhanmu, maka hendaklah
Engkau bersabar (terhadap tentangan musuh)!
✐ Kerana apabila telah ditiup sangkakala,
✐ Maka saat Yang demikian adalah saat (berlakunya) hari Yang
sukar -
K✐ epada orang-orang kafir, lagi tidak
mudah (mengelak azabNya).
✐ (Jangan Engkau bimbang Wahai Muhammad) biarkanlah Aku sahaja
membalas orang (yang menentangmu) Yang Aku ciptakan Dia (dalam keadaan) seorang
diri (tidak berharta dan anak pinak),
✐ Dan Aku jadikan baginya harta kekayaan Yang banyak,
✐ Serta anak pinak (yang ramai), Yang sentiasa ada di sisinya.
✐ Dan Aku mudahkan baginya (mendapat kekayaan dan kekuasaan)
Dengan semudah-mudahnya.
✐ Kemudian ia ingin sangat, supaya Aku tambahi lagi;
✐ Tidak sekali-kali (akan ditambahi) ! kerana Sesungguhnya Dia
menentang Dengan degilnya akan ayat-ayat Kami (Al-Qur-'Ân, Yang disampaikan oleh Rasul Kami).
✐ Aku akan menyeksanya (dengan azab) Yang memuncak beratnya.
✐ Kerana Sesungguhnya ia telah memikirkan dan mereka-reka
berbagai tuduhan terhadap Al-Qur-'Ân)
-
✐ Maka binasalah Dia hendaknya! Bagaimanakah Dia berani
mereka-reka (yang demikian)?
✐ Sekali lagi: binasalah Dia hendaknya! Bagaimana ia berani
mereka-reka (tuduhan-tuduhan itu)?
✐ Kemudian ia merenung dan memikirkan (berkali-kali:
jalan-jalan mencaci Al-Qur-'Ân,
tetapi ia gagal);
✐ Setelah itu ia memasamkan mukanya serta ia bertambah masam
berkerut;
✐ Kemudian ia berpaling (dari kebenaran) dan berlaku sombong
angkuh,
✐ Serta ia berkata: " (Al-Qur-'Ân) ini tidak lain hanyalah sihir Yang dituntut serta dipelajari
(dari ahli-ahlinya);
✐ "Ini tidak lain hanyalah kata-kata (rekaan)
manusia!"
✐ (Disebabkan kekufurannya itu) Aku akan masukkan Dia ke Dalam
neraka Saqar.
✐ Dan apa jalannya Engkau dapat mengetahui kedahsyatan neraka
Saqar itu?
✐ Ia membakar mangsanya Dengan tidak meninggalkan sisa, dan
tidak membiarkannya (binasa terus)
✐ Ia terus-menerus membakar kulit manusia!
✐ Pengawal dan penjaganya adalah sembilan belas (malaikat).
✐ Dan (ketahuilah Bahawa hikmat) Kami tidak menjadikan
pengawal-pengawal neraka itu melainkan (dari kalangan) malaikat, (kerana
merekalah sekuat-kuat dan sebenar-benar makhluk Yang menjalankan perintah
kami); dan (hikmat) Kami tidak menerangkan bilangan mereka melainkan Dengan
satu bilangan Yang menyebabkan kesesatan dan kesengsaraan orang-orang kafir
itu, supaya orang-orang Yang diberi Kitab (Yahudi dan Nasrani) boleh percaya
Dengan yakin (akan kebenaran Al-Qur-'Ân),
dan supaya orang-orang Yang beriman bertambah imannya; dan juga supaya
orang-orang Yang diberi Kitab dan orang-orang Yang beriman itu tidak ragu-ragu
(tentang kebenaran keterangan itu); dan (sebaliknya) supaya orang-orang
(munafik) Yang ada penyakit (ragu-ragu) Dalam hatinya dan orang-orang kafir
berkata: "Apakah Yang di maksudkan oleh ALLâh Dengan menyebutkan bilangan ganjil ini?" Demikianlah ALLâh menyesatkan sesiapa Yang
dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya), dan memberi hidayah
petunjuk kepada sesiapa Yang dikehendakiNya (menurut undang-undang
peraturanNya); dan tiada Yang mengetahui tentera Tuhanmu melainkan Dia lah
sahaja. dan (ingatlah, Segala Yang diterangkan berkenaan dengan) neraka itu
tidak lain hanyalah menjadi peringatan bagi manusia.
✐ Sebenarnya! Demi bulan,
✐ Dan malam apabila ia balik melenyapkan diri,
✐ Dan waktu subuh apabila ia terang-benderang,
✐ Sesungguhnya neraka Saqar itu adalah salah satu (malapetaka)
Yang amat besar,
✐ Yang menjadi amaran bagi umat manusia,
✐ (Iaitu) bagi sesiapa di antara kamu Yang mahu maju (dalam
mengerjakan kebaikan) atau Yang mahu mundur (daripada mengerjakannya).
✐ Tiap-tiap diri terikat, tidak terlepas daripada (balasan
buruk bagi amal jahat) Yang dikerjakannya,
✐ Kecuali puak kanan,
✐ (Mereka ditempatkan) di Dalam syurga (yang penuh nikmat),
mereka bertanya-tanya,
✐ Tentang (tempat tinggal) orang-orang Yang bersalah,
✐ (Setelah melihat orang-orang Yang bersalah itu, mereka
berkata): "Apakah Yang menyebabkan kamu masuk ke Dalam (neraka)
Saqar?"
✐ Orang-orang Yang bersalah itu menjawab: "Kami tidak
termasuk Dalam kumpulan orang-orang Yang mengerjakan sembahyang;
✐ "Dan Kami tidak pernah memberi makan orang-orang
miskin;
✐ "Dan Kami dahulu selalu mengambil bahagian
memperkatakan perkara Yang salah, bersama-sama orang-orang Yang
memperkatakannya;
✐ "Dan Kami sentiasa mendustakan hari pembalasan,
✐ "Sehinggalah Kami didatangi oleh perkara Yang tetap
diyakini".
✐ Maka tidak akan berguna kepada mereka sebarang syafaat
pertolongan (Kalaulah ditakdirkan ada) sesiapa Yang boleh memberikan syafaat
itu.
✐ (Kalau Demikianlah halnya orang-orang Yang bersalah), maka
mengapa mereka berpaling lari dari peringatan (Al-Qur-'Ân) ?
✐ Solah-olah mereka sekawan keldai liar Yang lari,
✐ Melarikan diri (ketakutan) dari singa!
✐ (Mereka tidak merasa cukup Dengan peringatan itu) bahkan
tiap-tiap seorang di antaranya mahu supaya diberi kepadanya lembaran surat Yang
terbuka (yang diturunkan dari langit untuk dibaca oleh mereka sendiri).
✐ Sebenarnya! (bukan kerana kemahuan mereka tidak berhasil),
bahkan mereka (tidak percaya dan) tidak takut akan hari akhirat.
✐ Ketahuilah! Sesungguhnya Al-Qur-'Ân itu adalah satu peringatan (yang sangat besar pengajarannya);
✐ Oleh itu sesiapa Yang mahu (beringat) dapatlah ia mengambil
peringatan daripadanya.
✐ Dan (dalam pada itu) tiadalah mereka dapat beringat
melainkan jika dikehendaki ALLâh;
Dia lah Tuhan Yang berhak dipatuhi perintahNya, dan Dia lah jua Yang berhak
memberi keampunan (kepada orang-orang Yang beriman dan taat).
1 comments:
terbaik
https://hakimaiman07.blogspot.com/2020/11/anda-sering-rasa-down-bila-buat-bisnes.html
Post a Comment