Advertise Here

Hamparan Kasturi

- Another Blogger Blog's


Kunci solat adalah Taharah/Kebersihan.

Kunci Haji adalah Ihram dan menjauhi perkara yang diharamkan semasa haji.

Pintu segala kebaikan adalah bersikap benar dalam semua perkara.

Kinci Syuga adalah Bertauhid kepada Allah و تعالى سبحانه.

Kunci Ilmu adalah bertanya kepada guru secara penuh beradab.

Kunci kejayaan adalah Kesabaran.

Kunci kemanjuan/Kelebihan adalah bersyukur.

Kunci Kekuasaan adalah Berkasih-sayang dan ingat mengingati.

Kunci Kejayaan adalah Bertaqwa.

Kunci Taufiq adalah Berkasih sayang dan mencintai Allah و تعالى سبحانه.

Kunci segala kemaqbulan adalah berdoa.

Kuci kecintaan Akhirat adalah meninggalkan segala perkara haram di dunia.

Kunci Keimanan adalah berfikir kepada apa yang mendorong beribadat kepada Allah و تعالى سبحانه dan bertadabbur kepadanya.

Kunci bertemu dengan Allah و تعالى سبحانه adalah Hati sejahtera dari segala dosa, Ikhlas dalam bercinta kepada Allah و تعالى سبحانه, Membenci dan meninggalkan segala perkara yang Allah و تعالى سبحانه larang dan benci.

Kunci menghidupkan hati mencintai Allah و تعالى سبحانه adalah Bertadabbur kepada ayat-ayat Al-Quran,menjauhi perkara berkaitan dengan sihir dan meninggalkan segala dosa.

Kunci mencapai rahmat adalah mengamalkan konsep Al-Ihsan dalam beribadat kepada Allah و تعالى سبحانه dan berusaha berbakti kepada hamba-hamba Allah و تعالى سبحانه.

Kunci rezeki adalah berusaha dengan penuh Istighfar dan bertaqwa kepada Allah و تعالى سبحانه.

Kunci kemuliaan adalah Taat kepada Allah و تعالى سبحانه dan Rasulullah .

Kunci kejayaan di Akhirat adalah pendek angan-angan.

Kunci segala kebaikkan adalah Cinta kepada Allah و تعالى سبحانه dan Cinta Alam Akhirat.

Kunci segala kejahatan adalah Cinta dunia dan panjang angan-angan.

0 comments:

Post a Comment