Advertise Here

Hamparan Kasturi

- Another Blogger Blog's


✐ Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur.

✐ Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.

✐ Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu, dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah, SubĥanaLLâh 33 kali, AlĥamduliLLâh 33 kali, ALLâh Akbar 33 kali.

✐ Baca 4 Qul (An-Nas, Al-Falaq, Al-Ikhlas, Al-Kafiruun) tiup ke tapak tangan dan sapu ke seluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia. Kemudian baca BismiLLâhir-Raĥmanir-Raĥim 21 kali. Barangsiapa membaca BismiLLâhir-Raĥmanir-Raĥim sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan, dari bencana manusia dan jin, daripada kecurian dan kebakaran, dan daripada kematian terkejut.

✐ Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, ALLâh و تعالى‎ سبحانه akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.

✐ Ambil wudhu’ sebelum tidur dan solat Sunat Taubat 2 rakaat.

✐ Maafkan semua kesalahan manusia pada kita, dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur.

✐ Tidur cara RasuluLLâh dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.

0 comments:

Post a Comment