♥♥..Wanita Solehah Perhiasan Indah di Dunia..♥♥
♥♥..Inilah salah satu persediaan kita untuk menjadi wanita yang
disukai oleh suami..♥♥
♥♥..Banyak lelaki yg terpikat pada wanita yg bersikap keibuan,
lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang.. ♥♥
♥♥..Wajah yg keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika
sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja.. ♥♥
♥♥..Jangan tunggu sampai melahirkan anak baru nak tonjolkan sikap
keibuan.. ♥♥
♥♥..Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing-masing..♥♥
♥♥..Keanak-anakkan..♥♥
Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi
daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. Tetapi
tentulah bukan sifat keanak-anakkan yang melampau dan menyakitkan hati tetapi
sikap keanak-anakan yang menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita
yangmembangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat
lelaki lebih berghairah..♥♥
♥♥..Penuh Pengertian..♥♥
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan
diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih
waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika
lelaki melakukan kesilapan, wanita yang berpengertian tidak terus mengeluarkan
kata-kata yang kasar atau menuduh bukan2 sebaliknya cuba mengerti duduk
persoalannya..♥♥
♥♥..Menghargai..♥♥
Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza
dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai,
dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita
membuat lelaki berasa bangga..♥♥
♥♥..Menjaga Penampilan..♥♥
Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar
sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik
menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman, pandai
merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada
dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung
memancarkan pesona yg menyebabkan elaki juga menyukainya. Apabila sudah
berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan
tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yang tidak suka isteri yang masih
kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3??..♥♥
♥♥..Pandai Berbicara..♥♥
Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh
diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik
kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman
berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik. Dia
juga tahu menjadi pendengar yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius
kepada perbualan yang lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yang suka
bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dengan baik
dan berfikiran terbuka..♥♥
♥♥..Pandai Bergaul dan
Menyesuaikan Diri..♥♥
Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai
lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan
cara berhadapan dengan orang yang lebih muda. Apabila berhadapan dengan suasana
yang baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia
mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampong..♥♥
♥♥..Menghormati Diri Sendiri..♥♥
Lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai
seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati
dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan
oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yg dia inginkan dan
mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan
dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati..♥♥
♥♥..Simpati Dan Prihatin..♥♥
Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada
nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang
wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman pada
dirinya yang memancar keluar dengan indah & mempesona...♥♥
♥♥..Inilah sifat seorang
wanita yang sempurna..♥♥
♥♥..Sumber: http://www.tentangcinta.com/..♥♥
0 comments:
Post a Comment