Pandang kanan, awek shawl merah jambu ala-ala yuna. baju sendat.
vogue.
Pusing kiri, awek shawl kelabu bak hana tajima. tengkuk terdedah.
gorgeous.
Tengok depan, awek legging rambut rebonding paras belikat. baju
lengan pendek. stylo.
Toleh belakang, awek skinny dengan blouse labuh tutup punggung.
tak bertudung. heels 4 inci. WOW.
Satu soalan buat hawa, memang itu ke yang korang nak? berfesyen
tanpa meletakkan agama di depan? fesyen didahulukan, agama dikemudiankan?
Satu soalan buat hawa, selesa ke dengan penampilan sebegitu?
menjadi perhatian kaum lelaki yang sememangnya mata keranjang? segenap tubuh
diratah mata manusia?
Satu soalan buat hawa, apa tujuan korang berpakaian sedemikian?
mahu tampak gah di kalangan teman-teman? sentiasa di atas? lepas tu apa? riak?
takbur? bangga?
Satu soalan buat hawa, adakah dengan berbaju kurung bertudung
litup korang akan dianggap kuno? adakah dengan fesyen lilit-lilit shawl akan
jadikan seorang yang up-to-date? nahh~
Satu soalan buat hawa, adakah dengan berpakaian sopan akan
menjejaskan kecantikan korang? akan menjadikan korang hodoh? nampak kecundang
dalam dunia moden?
Satu soalan buat hawa, kalian berfesyen untuk kepuasan sendiri
bukan? tapi pernahkah kalian sedar bahawa diri kalian takkan pernah puas?
Baca ni;
Satu Jawapan Dari Adam.
Satu jawapan dari adam, seorang perempuan yang tertutup sempurna
auratnya lebih bernilai di mata lelaki untuk dijadikan teman seumur hidup.
Satu jawapan dari adam, kecantikan seorang wanita yang menjaga auratnya
dari dipandang lelaki yang bukan halal baginya adalah lebih mahal dari dunia
dan segala isinya.
Satu jawapan dari adam, kecantikan si berbaju kurung yang
bertudung takkan dapat ditandingi oleh yang lain. cantik, cun, ayu, dan sopan.
apa lagi yang kalian nak?
Islam membenarkan fesyen tapi islam jugak melarang tabarruj. Allah
tak suka mereka yang berlebih-lebihan. tahu? jadi bersederhanalah!~
0 comments:
Post a Comment