Pernahkah
kita meminta supaya kita dimatikan dengan penutup yang baik ‘husnul khatimah’?
Sebenarnya
bukan kena minta sahaja tetapi kena buru dan kena cari... Antara tanda mati
husnul khatimah ialah:
✐ Mengucapkan kalimah
syahadah ketika wafat. Nabi Muĥammad
ﷺ bersabda, maksudnya:
“Sesiapa
yang pada akhir kalimahnya mengucapkan La ilaaha illallah maka ia dimasukkan ke
dalam syurga.” (Hadis Riwayat Hakim)
✐ Ketika wafat dahinya
berkeringat. Ini berdasarkan hadis dari Buraidah Ibnul Khasib. Adalah Buraidah
dahulu ketika di Khurasan, melihat saudaranya yang tengah sakit, namun
didapatinya ia sudah wafat dan terlihat pada jidatnya (dahi) berkeringat,
kemudian dia berkata: “ALLâh Akbar,
sungguh aku telah mendengar Nabi Muĥammad
ﷺ bersabda:
Matinya
seorang mukmin adalah dengan berkeringat dahinya.” (Hadis Riwayat Ahmad,
an-Nasai, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, Al-Hakim dan ath-Thayalusi dari
Abdullah bin Mas’ud)
✐ Wafat pada malam
Jumaat. Hal ini berdasarkan sabda Nabi Muĥammad
ﷺ bermaksud:
“Tidaklah
seorang Muslim yang wafat pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat kecuali
pastilah Allah menghindarkannya dari seksa kubur.” (Hadis Riwayat Ahmad)
✐ Mati syahid di dalam
medan perang.
✐ Mati dalam peperangan
fisabilillah.
Nabi
Muĥammad ﷺ bersabda:
“Apa
yang kalian kategorikan sebagai orang yang mati syahid di antara kalian?
Mereka
menjawab:
“Wahai
RasuluLLâh yang kami anggap sebagai
orang yang mati syahid adalah siapa saja yang mati terbunuh di jalan ALLâh.
Baginda ﷺ bersabda:
“Kalau
begitu umatku yang mati syahid sangatlah sedikit.”
Kalangan
sahabat kembali bertanya:
“Kalau
begitu siapa sajakah dari mereka yang mati syahid wahai RasuluLLâh?”
Baginda menjawab: “Sesiapa yang
terbunuh di jalan ALLâh, yang mati
sedang berjuang di jalan ALLâh dan
yang mati kerana penyakit kolera, yang mati kerana penyakit perut (iaitu
disebabkan penyakit yang menyerang perut seperti busung lapar atau sejenisnya),
dialah syahid dan orang-orang yang mati tenggelam, dialah syahid.”(Hadis riwayat
Muslim, Ahmad dan al-Baihaqi)
✐ Mati disebabkan
penyakit kolera. Mengenai ini banyak hadis Nabi Muĥammad ﷺ meriwayatkan antaranya
sebagai berikut:
RasuluLLâh bersabda, maksudnya:
“Penyakit
kolera adalah penyebab mati syahid bagi setiap Muslim.” (Hadis riwayat Bukhari,
ath-Thayalusi dan Ahmad)
✐ Mati kerana tenggelam.
✐ Mati kerana tertimpa
runtuhan/tanah.
Dalil
dari dua perkara di atas adalah berdasarkan sabda Rasulullah bermaksud:
“Kalangan syuhada itu ada lima; orang yang mati kerana wabak kolera, kerana
sakit perut, tenggelam, tertimpa runtuhan bangunan dan syahid berperang di
jalan ALLâh.” (Hadis riwayat Imam
Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi dan Ahmad)
✐ Perempuan yang
meninggal kerana melahirkan anak.
✐ Mati terbakar.
✐ Mati kerana penyakit busung
perut.
Mengenai
kedua perkara ini banyak sekali riwayat dan yang paling masyhur adalah dari
Jabir bin Atik secara marfu’: “Kalangan syuhada ada tujuh: Mati terbunuh di
jalan ALLâh, kerana penyakit kolera
adalah syahid, mati tenggelam adalah syahid, kerana busung lapar adalah syahid,
kerana penyakit perut keracunan adalah syahid, kerana terbakar adalah syahid
dan yang mati kerana tertimpa runtuhan (bangunan atau tanah gelongsor) adalah
syahid serta wanita yang mati ketika hamil adalah syahid.” (Hadis riwayat Imam
Malik, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan Ahmad)
✐ Mati kerana penyakit
Tubercolosis (TBC).
Ini
berdasarkan sabda Nabi Muĥammad ﷺ maksudnya:
“Mati
di jalan Allah adalah syahid dan perempuan yang mati ketika melahirkan adalah
syahid, mati kerana terbakar adalah syahid, mati kerana tenggelam adalah
syahid, mati kerana penyakit TBC adalah syahid dan mati kerana penyakit perut
adalah syahid.” (Hadis riwayat Thabrani)
✐ Mati kerana
mempertahankan harta dari perompak. “Sesiapa yang mati kerana mempertahankan
hartanya (dalam riwayat lain; Sesiapa menuntut hartanya yang dirampas lalu ia
terbunuh) adalah syahid.” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, an-Nasa’i,
at-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad)
✐ Mati dalam membela
agama dan jiwa. “Sesiapa mati terbunuh dalam membela hartanya, dia mati syahid;
siapa saja yang mati dalam membela keluarganya, dia mati syahid; sesiapa mati
dalam membela agama (keyakinannya), dia mati syahid dan siapa saja yang mati
mempertahankan darah (jiwanya) dia syahid.”
✐ Mati dalam berjaga-jaga
(waspada) di jalan ALLâh. Nabi Muĥammad ﷺ bersabda, maksudnya:
“Berjaga-jaga
(waspada) di jalan ALLâh sehari
semalam adalah lebih baik daripada berpuasa selama sebulan dengan mendirikan
(solat) pada malam harinya. Apabila dia mati, mengalirkan pahala amalannya yang
dahulu dilakukannya dan juga rezekinya serta aman dari seksa kubur (fitnah
kubur).”
✐ Orang yang meninggal
ketika mengerjakan amal soleh. Semoga kematian kita dalam husnul khatiimah.
ARTIKEL
ASAL: Ustaz Zawawi Yusoh
No comments:
Post a Comment