Berikut perkara merupakan keajaipan yang kurang diketahui ramai
tentang struktur Kaabah dari sudut sains :
✐ Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti
paling stabil.
✐ Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah
berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.
✐ Tekanan graviti yang tinggi memberi kesan
langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada
segala serangan penyakit.
✐ Graviti tinggi = elektron ion negatif yang
berkumpul di situ tinggi.
✐ Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang
tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron
menyebabkan kekuatan dalaman.kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan
ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya
kepada Allah.
✐ Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan
Kaabah.
✐ Malah teknologi satelit pun tidak boleh
meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat
membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.
✐ Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya,
mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak.
Sebab itulah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang
terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.
✐ Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat
persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti,
zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.
✐ Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara
automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan
menghasilkan sel darah.
✐ Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam
memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang
ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya
begitu.
✐ Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh
manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Kaabah mengikut lawan
jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan
menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga,
sihat dan panjang umur.
✐ Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik
kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad
atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita
mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.
✐ Larangan memakai topi, songkok atau menutup
kepala kerana rambut dan bulu roma (lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima
gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas
melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana
segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya
yang baru.
✐ Selepas selesai semua itu barulah bercukur atau
tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram.
Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita
dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh
tubuh.
"Semoga dengan serba sedikit perkongsian ini dapat memberikan
kita manfaat bersama
(Peringatan buat diriku sahabat muslimin dan muslimat yang
dirahmati Allah serta umat yang dirindui RasulluLLâh)
No comments:
Post a Comment