BismiLLâhir-Raĥmanir-Raĥim
Yâ 'Ayyuhan-Nabiyu
Lima Tuĥarrimu Mâ 'AĥallaLLâhu Laka Tabtaġi
Marđâta 'Azwâjik. WaLLâhu Ġafurur-Raĥim Qad FarađaLLâhu Lakum Taĥillata 'Aymânikum; WaLLâhu Mawlâkum, Wa Huwal-‘Alimul-Ĥakim Wa 'Iż
'Asarran-Nabiyyu 'Ilâ
Ba-‘Đi 'Azwâji-Hi Ĥadishâ Falammâ Nabba-'At Bihi Wa 'AźharahuLLâhu ‘Alayhi ‘Arrafa Ba-‘Đahuu Wa 'A‘-Rađa
‘Am Ba‘-đ. Falammâ Nabba-'Ahâ Bihi Qâlat Man 'Amba-'Aka Hâżâ?
Qâla Nabba-'Aniyal-‘Alimul-Khabir 'In- Tatuubâ 'IlâLLâhi
Fa-Qad Şaġat
Qulubukumâ; Wa 'In-Taźâharâ ‘Alayhi
Fa-'InnaLLâha Huwa Mawlâhu Wa Jibrilu
Wa Şâliĥul-Mu'-Minin. Wal-Malâ-'Ikatu Ba‘-Da Żâlika
Źahir ‘Asâ Rabbuhu 'In-Ţal-Laqakunna 'An-Yubdi-Lahu 'Azwâjan Khayram-Minkunna Muslimâtim-Mu'-Minâtin Qânitâtin-Tâ-'Ibâtin-‘Âbi-Dâtin-Sâ-'Iĥâtin-Thayyibâ-Tiw-Wa 'Abkârâ Yâ 'Ayyuhallażina
'Âmanu Qu 'Anfusakum Wa 'Ahlikum Nâraw-Waquđu-Han-Nâsu Wal-Ĥijâratu ‘Alayhâ Malâ-'Ikatun Ġilâźun Syidâdul-Lâ Ya‘-ŞunaLLâha Mâ 'Amarahum Wayaf-‘Aluna Mâ Yu'-Marun Yâ 'Ayyuhallażina
Kafaru Lâ Ta‘-Tażirul-Yawm! 'Innamâ Tujzawna Mâ Kuntum Ta‘-Malun Yâ 'Ayyuhallażina 'Â-Manu Tubu 'ilâLLâhi Taw-Batan Naşuĥâ; ‘Asâ Rabbukum 'Ay-Yukaffira ‘Ankum Sayyi-'Âtikum Wa
Yud-Khila-Kum Jannâtin Tajri Min Taĥtihal-'Anhâru Yawma Lâ YukhziLLâhu-Ay-Nabiyya Wallażina 'Âmanu Ma-‘Ah. Nuruhum Yas-‘Â
Bayna 'Aydihim Wa Bi-'Aymânihim Yaqu-Luna Rabbanâ 'Atmim
Lanâ Nuranâ Waġ-Fir Lanâ; 'Innaka
‘Alâ Kulli Syay-'In Qadir Yâ-'Ayyuhan-Nabiyyu Jâ-Hidil-Kuffâra Wal-Munâfiqina Waġ-Luź
‘Alayhim. Wa Ma'-Wâhum Jahannam‚ Wa Bi'-Sal-Maşir ĐarabaLLâhu Mashalal Lillażina Kafar-Umra-'Ata Nuĥinw-Wa Amra-'Ata Luţ.
Kânatâ Taĥta ‘Abdayni Min ‘Ibâdinâ Şâliĥayni
Fa-Khânatâhumâ Falam Yuġniyâ ‘Anhumâ MinaLLâhi Syay-'Aw-Wa Qilad-Khulan-Nâra Ma-‘Addâkhilin ĐarabaLLâhu Mashalal Lillażina 'Âmanumra-'Ata Fir-‘Awna. 'Iż Qâlat Rabbibni Li ‘Indaka
Baytan-Fil-Jannati Wa Najjini Min- Fir-‘Awna
Wa ‘Amalihi Wa Najjini Minal-Qawmiź-Źâlimin Wa Maryam-Ab-Nata ‘Im-Rânallati 'Aĥşanat Farjahâ Fanafakhnâ Fihi Mir-Ruĥinâ Wa Şaddaqat Bi-Kalimâti Rab-Bihâ Wa Kutubihi Wa Kânat Minal-Qânitin
Maksudnya:
Dengan
Nama ALLâh Yang Maha Pemurah Lagi
Maha Mengasihani
✐ Wahai Nabi! mengapa
Engkau haramkan (dengan bersumpah menyekat dirimu daripada menikmati) apa Yang
Dihalalkan oleh ALLâh bagimu,
(kerana) Engkau hendak mencari keredaan isteri-isterimu? (dalam pada itu, ALLâh ampunkan kesilapanmu itu) dan ALLâh sememangnya Maha Pengampun, lagi
Maha Mengasihani.
✐ Sesungguhnya ALLâh telah menetapkan bagi kamu (Wahai
Nabi dan umatmu, untuk) melepaskan diri dari sumpah kamu (dengan membayar denda
- kaffarah); dan ALLâh ialah
Pelindung Yang mentadbirkan keadaan kamu, dan ia Maha Mengetahui, lagi Maha
Bijaksana.
✐ Dan (ingatlah),
ketika Nabi memberitahu suatu perkara secara rahsia kepada salah seorang dari
isteri-isterinya. kemudian apabila isterinya itu menceritakan rahsia Yang
tersebut (kepada seorang madunya), dan ALLâh
menyatakan pembukaan rahsia itu kepada Nabi, (maka Nabi pun menegur isterinya
itu) lalu menerangkan kepadanya sebahagian (dari rahsia Yang telah dibukanya)
dan tidak menerangkan Yang sebahagian lagi (supaya isterinya itu tidak banyak
malunya). setelah Nabi menyatakan hal itu kepada isterinya, isterinya bertanya:
"Siapakah Yang memberi tahu hal ini kepada tuan? " Nabi menjawab:
"Aku diberitahu oleh ALLâh Yang
Maha Mengetahui, lagi amat mendalam pengetahuannya (tentang Segala perkara Yang
nyata dan Yang tersembunyi) ".
✐ Jika kamu berdua
bertaubat kepada AllaLLâh (Wahai
isteri-isteri Nabi, maka itulah Yang sewajibnya), kerana Sesungguhnya hati kamu
berdua telah cenderung (kepada perkara Yang menyusahkan Nabi); dan jika kamu
berdua saling membantu untuk (melakukan sesuatu yang) menyusahkannya, (maka
Yang demikian itu tidak akan berjaya) kerana Sesungguhnya AllaLLâh adalah Pembelanya; dan selain dari
itu Jibril serta orang-orang Yang soleh dari kalangan orang-orang Yang beriman
dan malaikat-malaikat - juga menjadi penolongnya.
✐ Boleh jadi, jika Nabi
menceraikan kamu, Tuhannya akan menggantikan baginya isteri-isteri Yang lebih
baik daripada kamu, - Yang menurut perintah, Yang ikhlas imannya, Yang taat,
Yang bertaubat, Yang tetap beribadat, Yang berpuasa, - (meliputi) Yang janda
dan Yang anak dara.
✐ Wahai orang-orang
Yang beriman! peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka Yang
bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan
dikawal oleh malaikat-malaikat Yang keras kasar (layanannya); mereka tidak
menderhaka kepada ALLâh Dalam Segala
Yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan Segala
Yang diperintahkan.
✐ Malaikat itu akan
berkata kepada orang-orang Yang dimasukkan ke Dalam neraka): "Hai
orang-orang Yang kufur ingkar! janganlah kamu menyatakan uzur (dengan meminta
ampun) pada hari ini, (kerana masanya telah terlambat). kamu hanyalah dibalas
Dengan balasan apa Yang kamu telah kerjakan".
✐ Wahai orang-orang
Yang beriman! bertaubatlah kamu kepada ALLâh
Dengan " taubat Nasuha", Mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan
kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke Dalam syurga Yang mengalir di
bawahnya beberapa sungai, pada hari ALLâh
tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang Yang beriman bersama-sama
dengannya; cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan
mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan); mereka berkata
(ketika orang-orang munafik meraba-raba Dalam gelap-gelita): "Wahai Tuhan
kami! sempurnakanlah bagi Kami cahaya kami, dan Limpahkanlah keampunan kepada
kami; Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu".
✐ Wahai Nabi!
berjihadlah (menentang) orang-orang kafir dan orang-orang munafik, serta
bertindak keras terhadap mereka. dan (sebenarnya) tempat mereka ialah neraka
Jahannam, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.
✐ ALLâh mengemukakan satu misal Perbandingan
(yang menyatakan tidak ada manfaatnya) bagi orang-orang kafir (berhubung rapat
Dengan orang-orang mukmin selagi mereka tidak beriman Dengan sebenar-benarnya),
iaitu: perihal isteri Nabi Nuh dan isteri Nabi Lut; mereka berdua berada di
bawah jagaan dua orang hamba Yang soleh dari hamba-hamba Kami (yang sewajibnya
mereka berdua taati); Dalam pada itu mereka berlaku khianat kepada suami
masing-masing; maka kedua-dua suami mereka (yang berpangkat Nabi itu) tidak
dapat memberikan sebarang pertolongan kepada mereka dari (azab) ALLâh, dan (sebaliknya) dikatakan kepada
mereka berdua (pada hari pembalasan): "Masuklah kamu berdua ke Dalam neraka
bersama-sama orang-orang Yang masuk (ke situ)".
✐ Dan ALLâh mengemukakan satu misal Perbandingan
(yang menyatakan tidak ada mudaratnya) kepada orang-orang mukmin (berhubung
rapat Dengan orang-orang kafir kalau tidak terjejas keadaan imannya), iaitu: perihal
isteri Firaun, ketika ia berkata: "Wahai Tuhanku! binalah untukku sebuah
Rumah di sisiMu Dalam syurga, dan selamatkanlah daku dari Firaun dan
perbuatannya (yang kufur dan buas), serta selamatkanlah daku dari kaum Yang
zalim";
✐ Dan juga (satu misal Perbandingan
lagi, iaitu): Maryam binti Imran (ibu Nabi Isa seorang perempuan) Yang telah
memelihara kehormatan dan kesuciannya (dari disentuh oleh lelaki; tetapi oleh
sebab Kami telah takdirkan Dia mendapat anak) maka Kami perintahkan Jibril
meniup masuk ke Dalam kandungan tubuhnya dari roh (ciptaan) kami; dan
(sekalipun Maryam itu hidup di antara kaum kafir) ia mengakui kebenaran
Kalimah-kalimah Tuhannya serta Kitab-kitabNya; dan ia menjadi dari orang-orang
Yang tetap taat.
No comments:
Post a Comment