Thursday, 7 November 2013

Laluan Menuju Akhirat

Gambar adalah hiasan

10 Laluan Yang Dilalui Oleh Manusia Sehingga Akhirat
Hisablah diri kita sama ada kita dapat melepasi 10 imigresen untuk
bertemu Allah...

10 Laluan Yang Bakal Dilalui Oleh Manusia Dari Dunia Sampai Akhirat:

Bagaimana memudahkannya?

“Laluan Menuju Ke Kubur”
Jauhkan dari perbuatan mengumpat & mengeji
Hindarkan perasaan irihati (benci)
Jangan terpengaruh dengan harta dunia
Sucikan kadha' hajat dgn istibra (berdehem selepas buang air
kecil!)

“Laluan Untuk Berjumpa Izrail”
Bersihkan diri dengan bertaubat
Gembirakan hati orang Mu'min
Bayar semula kadha' (solat & puasa) yang tertinggal
Kasih sepenuh hati kepada ALLâh Taala

“Laluan Untuk Bertemu Mungkar Nangkir”
Mengucap dua kalimah syahadat
Suka memberi sedekah
Berkata benar
Bersihkan dan perbaiki hati

“Laluan Untuk Memberatkan Timbangan”
 Belajar atau mengajar ilmu yang bermanafaat
 Sucikan perkataan dan pakaian
 Bersyukur dengan yang sedikit
 Suka dan redha dengan yang didatangkan oleh ALLâh

“Laluan Memantapkan Amalan”
Jauhkan perkataan yang sia-sia
Pendekkan cita-cita dunia
Banyakkan puji-pujian kepada ALLâh
Banyakkan sedekah dan khairat

“Laluan Melalui Titian Sirat Al-Mustakim”
Kasihilah aulia ALLâh Taala
Berbaktilah kepada kedua ibubapa
Berpegang teguh dengan hukum syara'
Bercakap perkataan yang baik sesama makhluk

“Laluan Menjauhkan Diri Dari Neraka”
Banyakkan membaca al-Quran
Banyakkan menangis kerana dosa-dosa yang lalu
Tinggalkan perkara yang maksiat
Jauhkan segala yang haram

“Laluan Untuk Memasuki Syurga”
Membuat kebajikan seberapa banyak yang boleh
Kasihi orang yang soleh
Kerjakan segala suruh-suruhan ALLâh
Merendahkan diri di antara semua makhluk ALLâh

“Laluan Berjumpa Dengan Nabi Muhammad”
Kasihilah Nabi ALLâh
Kasihilah Rasulluah
Tuntutilah yang difardhukan oleh ALLâh
Banyakkan selawat Nabi S.a.w.

“Laluan Untuk Bertemu Allah و تعالى سبحانه
Serahkan seluruh jiwa raga kepada ALLâh
Hindarkan diri dari menderhaka kepada ALLâh
Betulkan dan baikkan i'tiqad kepada ALLâh
Bencikan segala yang diharamkan-Nya.

Sumber Oleh : Hazlan Hj. Mohammad

No comments:

Post a Comment