☞ Kunci solat adalah
Taharah/Kebersihan.
☞ Kunci Haji adalah Ihram dan menjauhi
perkara yang diharamkan semasa haji.
☞ Pintu segala kebaikan adalah bersikap
benar dalam semua perkara.
☞ Kinci Syuga adalah Bertauhid kepada Allah و تعالى سبحانه.
☞ Kunci Ilmu adalah bertanya kepada guru
secara penuh beradab.
☞ Kunci kejayaan adalah Kesabaran.
☞ Kunci kemanjuan/Kelebihan adalah
bersyukur.
☞ Kunci Kekuasaan adalah Berkasih-sayang
dan ingat mengingati.
☞ Kunci Kejayaan adalah Bertaqwa.
☞ Kunci Taufiq adalah Berkasih sayang dan
mencintai Allah و تعالى سبحانه.
☞ Kunci segala kemaqbulan adalah berdoa.
☞ Kuci kecintaan Akhirat adalah
meninggalkan segala perkara haram di dunia.
☞ Kunci Keimanan adalah berfikir kepada apa
yang mendorong beribadat kepada Allah و تعالى سبحانه dan bertadabbur
kepadanya.
☞ Kunci bertemu dengan Allah و تعالى سبحانه adalah Hati sejahtera
dari segala dosa, Ikhlas dalam bercinta kepada Allah و تعالى سبحانه, Membenci dan meninggalkan
segala perkara yang Allah و تعالى سبحانه larang dan benci.
☞ Kunci menghidupkan hati mencintai Allah و تعالى سبحانه adalah Bertadabbur
kepada ayat-ayat Al-Quran,menjauhi perkara berkaitan dengan sihir dan
meninggalkan segala dosa.
☞ Kunci mencapai rahmat adalah mengamalkan
konsep Al-Ihsan dalam beribadat kepada Allah و تعالى سبحانه dan berusaha berbakti
kepada hamba-hamba Allah و تعالى سبحانه.
☞ Kunci rezeki adalah berusaha dengan penuh
Istighfar dan bertaqwa kepada Allah و تعالى سبحانه.
☞ Kunci kemuliaan adalah Taat kepada Allah و تعالى سبحانه dan Rasulullah ﷺ.
☞ Kunci kejayaan di Akhirat adalah pendek
angan-angan.
☞ Kunci segala kebaikkan adalah Cinta
kepada Allah و تعالى سبحانه dan Cinta Alam Akhirat.
☞ Kunci segala kejahatan adalah
Cinta dunia dan panjang angan-angan.
No comments:
Post a Comment