BismiLLâhir-Raĥmanir-Raĥim
'Iżasy-Syamsu
Kuwwirat Wa 'Iżan-Nuju-Munkadarat Wa 'Iżal-Jibâlu
Suyyirat Wa 'Iżal-‘Isyâru ‘Uţţilat Wa 'Iżal-Wuĥusyu Ĥusyirat Wa 'Iżal-Biĥâru
Sujjirat Wa 'Iżan-Nufusu
Zuwwijat Wa 'Iżal-Maw-'Udatu
Su-'Ilat Bi-'Ayyi Żambin-Qutilat Wa 'Iżaş-Şuĥufu
Nusyirat Wa 'Iżas-Samâ-'U
Kusyiţat Wa 'Iżal-Jaĥimu
Su‘-‘Irat Wa 'Iżal-Jannatu 'Uzlifat ‘Alimat
Nafsum-Mâ-'Aĥđarat Fa-Lâ 'Uqsimu
Bil-Khunnas Al-Jawâril-Kunnas Wal-Layli 'Iżâ ‘As-‘As Waş-Şubĥi 'Iżâ Tanaffas 'Innahu
La- Qawlu Rasulin-Karim Żi-Quwwatin ‘Inda Żil-‘Arsyi
Makin Muţâ-‘In-Shamma 'Amin Wa Mâ Şâĥibukum-Bi-Majnun Wa Laqad Ra-'Âhu
Bil-'Ufuqil-Mubin Wa Mâ Huwa ‘Alal-Ġaybi
Bi-Đanin Wa Mâ Huwa Bi-Qawli-Syayţânir-Rajim Fa-'Ayna Tażhabun 'In
Huwa 'Illâ Żikrul-Lil-‘Âlamin Liman-Syâ-'A Minkum 'Ay-Yastaqim Wa Mâ Tasyâ-'Una 'Illâ 'Ay-Yasyâ-'ALLâhu
Rabbul-‘Âlamin
Maksudnya:
Dengan
Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
✐ Apabila matahari dilingkari cahayanya (dan
hilang lenyap);
✐ Dan apabila bintang-bintang gugur berselerak;
✐ Dan apabila gunung-ganang di terbangkan ke
angkasa (setelah dihancurkan menjadi debu);
✐ Dan apabila unta-unta Yang bunting terbiar;
✐ Dan apabila binatang-binatang liar dihimpunkan;
✐ Dan apabila lautan meluap-luap bercampur-baur;
✐ Dan apabila tiap-tiap diri disatukan Dengan
pasangannya;
✐ Dan apabila anak perempuan Yang ditanam
hidup-hidup: ditanya, -
✐ Dengan dosa apakah ia dibunuh?
✐ Dan apabila surat-surat amal dibentangkan;
✐ Dan apabila langit ditanggalkan dari tempatnya;
✐ Dan apabila neraka dinyalakan menjulang;
✐ Dan apabila syurga didekatkan;
✐ (Setelah semuanya itu berlaku), tiap-tiap orang
akan mengetahui tentang amal Yang telah dibawanya.
✐ Oleh itu, Aku bersumpah Dengan bintang-bintang
Yang tenggelam timbul;
✐ Yang beredar, juga Yang tetap pada tempatnya;
✐ Dan malam, apabila ia hampir habis,
✐ Dan siang, apabila ia mulai terang;
✐ Sebenarnya Al-Qur'an itu, sungguh-sungguh
Kalamullah (yang disampaikan oleh jibril) utusan Yang mulia,
✐ Yang kuat gagah, lagi berkedudukan tinggi di
sisi Allah Yang mempunyai Arasy,
✐ Yang ditaati di sana (dalam kalangan malaikat),
lagi dipercayai.
✐ Dan sebenarnya sahabat kamu (Nabi Muhammad) itu
(Wahai golongan Yang menentang Islam), bukanlah ia seorang gila (seperti Yang
kamu tuduh);
✐ Dan (Nabi Muhammad yakin Bahawa Yang disampaikan
kepadanya ialah wahyu dari tuhan, kerana) Demi sesungguhnya! Nabi Muhammad
telah mengenal dan melihat Jibril di kaki langit Yang nyata.
✐ Dan bukanlah Nabi Muhammad seorang Yang boleh
dituduh dan disangka buruk, terhadap penyampaiannya mengenai perkara-perkara
Yang ghaib.
✐ Dan sebenarnya Al-Qur'an itu bukanlah perkataan
Syaitan Yang kena rejam.
✐ (Dengan Yang demikian) maka ke manakah kamu hendak
pergi (kiranya kamu masih menyeleweng dari jalan Al-Qur'an)?
✐ Al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi
seluruh penduduk alam:
✐ Iaitu bagi sesiapa dari kamu Yang mahu tetap
teguh di atas jalan (Islam) Yang betul.
✐ Dan kamu tidak dapat menentukan kemahuan kamu
(mengenai sesuatupun), kecuali Dengan cara Yang diatur oleh Allah, Tuhan Yang
memelihara dan mentadbirkan seluruh alam.
No comments:
Post a Comment