Pakar
sejarah Islam menyebutkan bahawa Umar pernah bercerita; "Dahulu aku sering
mencari-cari Abu Bakar setiap solat subuh. Ternyata dia keluar daripada masjid
menuju salah satu pinggiran kota Madinah.
Suatu
hari, aku pernah mengikutinya daripada belakang. Pada saat itu Abu Bakar masuk
ke sebuah khemah, dan berdiam disana untuk beberapa waktu, kemudian ia keluar.
Manakala
Abu Bakar telah keluar, Umar pun masuk ke dalam khemah tersebut. Disana dia
mendapati seorang wanita tua bersama anak-anaknya yang masih kecil. Umar
bertanya kepada perempuan itu: "Wahai hamba ALLâh, siapakah engkau?"
Wanita
itu menjawab, "Aku adalah seorang wanita tua yang tidak memiliki apa-apa
dan buta. Suamiku telah meninggal beberapa tahun yang lalu."
Umar
bertanya, "Lalu siapakah orang tua yang baru saja masuk menjenguk
kamu?" Wanita itu menjawab, "Aku tidak mengenalinya!"
Bayangkan...
Wanita itu tidak mengenal bahawa orang tua yang telah masuk menemuinya adalah
Abu Bakar. Tapi, apakah ALLâh tidak
tahu bahawa dia adalah Abu Bakar?
Umar
bertanya, "Apakah yang dilakukan oleh orang tua tadi disini?" Wanita
itu menjawab, "Setelah masuk ke khemah kami, dia menyapu rumah kami ini,
lalu dia memerahkan susu kambing-kambing kami, kemudian dia membuatkan makanan
untuk kami. Setelah itu baru dia keluar."
Maka
Umar pun memukul kepalanya sendiri, lalu dia menangis seraya berkata,
"Wahai Abu Bakar, sesungguhnya engkau telah membuat lelah para khalifah
setelahmu." (Mujtama' al-Mutsul, Dr. 'Aidh Abdullah al-Qarni)
No comments:
Post a Comment