Wednesday, 11 December 2013

Surah At-Talaq



BismiLLâhir-Raĥmanir-Raĥim
Yâ-'Ayyuhan-Nabiyyu 'Iżâ Ţallaq-Ţumun-Nisâ-'A Fa-Ţalliquhunna Li-Iddatihinna Wa 'Aĥşul-Iddah; Wat-TaquLLâha Rabbakum; Lâ Tukhrijuhunna Mim-Buyutihinna Wa Lâ Yakhrujna 'Illâ 'Ay-Ya'-Tina Bi-Fâĥisyatim-Mu-Bayyinah. Wa Tilka ĤududuLLâh; Wa May-Yata-Adda ĤududuLLâhi Faqad Źalama Nafsah; Lâ Tadri La-AllaLLâhaYuĥdishu Ba-Da Żâlika 'Amrâ ۝ Fa-'Iżâ Balaġna 'Ajalahun-Na Fa-'Amsi-Kuhunna Bi-Ma-Rufin 'Aw Fâriqu-Hunna Bi-Ma-Ruf; Wa 'Asy-Hidu Żaway-Adlim-Minkum Wa 'Aqi musy-Syahâdata LiLLâh. Żâlikum Yu-Aźu Bihi Man Kâna Yu'-Minu BiLLâhi Wal-Yawmil-'Âkhir. Wa May-YattaqiLLâha Yaj-Al-Lahu Makhrajâ ۝ Wa Yarzuq-Hu Min Ĥayshu Lâ Yaĥtasib. Wa Many-Yata-Wakkal AlaLLâhi Fa-Huwa Ĥasbuh. 'InnaLLâha Bâliġu 'Amrih; Qad Ja-AlaLLâhu Li-Kulli Syay-'In Qadrâ ۝ Wallâ-'I Ya-'Isna Minal-Maĥiđi Min-Nisâ-'Ikum 'Inir-Tabtum Fa-id-Datuhunna Shalâshatu 'Asy-Huriw Wallâ-'I Lam Yaĥiđn; Wa 'Ulâtul-'Aĥ-mâli 'Ajaluhunna 'Ay-Yađa-Na Ĥamlahunn; Wa May-YattaqiLLâha Yaj-Al-Lahu Min 'Amrihi Yusrâ ۝ Żâlika 'Amru-LLâhi 'Anza-Lahuu 'Ilay-Kum; Wa Many-YattaqiLLâha Yukaf-Fir Anhu Sayyi-tihi Wa Yu Źim Lahu 'Ajrâ ۝ 'Askinuhunna Min Ĥayshu Sakan-Tum-Miw-Wujdikum Wa Lâ Tuđârru-Hunna Litu-Đayyiqu Alay-Hinn. Wa 'In-Kunna Ulâti-Ĥamlin-Fa-'Anfiquu Alay-Hinna Ĥattá Yađa-Na Ĥamlahunn; Fa-'In 'Arđa-Na Lakum Fa-tu-Hunna 'Uju-Rahun; Wa'-Tamiru Bayna-Kum-Bi-MaRuf. Wa 'In-Ta ‘Âsartum Fasaturđi-U Lahu 'Ukhrâ ۝ Liyunfiq Żu-Sa-Atim-Min Sa-Atih, Wa Man-Qudira Alayhi Rizquhu Fal-Yunfiq Mimmâ tâhuLLâh. Lâ YukallifuLLâhu Nafsan 'Illâ Mâ 'Âtâ-Hâ. Sayaj-AluLLâhu Ba-Da Usrin-Yusrâ ۝ Wa Ka-'Ayyim-Min-Qaryatin Atat An 'Amri Rabbihâ Wa Rusulihi Fa-Ĥâsabnâhâ Ĥisâban-Syadidaw-Wa Ażżabnâhâ Ażâban-Nukrâ ۝ Fażâqat Wabâla 'Amrihâ Wa Kâna ‘Âqibatu 'Amrihâ Khusrâ ۝ 'A-AddaLLâhu Lahum Ażâban-Syadida. FattaquLLâha Yâ-'Ulil-'Albâbillażina manu! Qad 'AnzalaLLâhu 'Ilaykum Żikrâ ۝ Rasulay-Yatlu Alay-Kum yâtiLLâhi Mubayyi-Nâtil-Liyukhrijallażina -Ma-Nu Wa Amiluş-Şâliĥâti Minaź-Źulumâti 'Ilan-Nur. Wa May-Yu'-Mim-BilLLâhi Wa Ya-Mal Şâliĥan-Yud-Khilhu Jannâtin-Tajri-Min-Taĥtihal-'Anhâru Khâlidina Fihâ 'Abada; Qad 'AĥsanaLLâhu-Lahuu Riz ۝ 'ALLâhullażKhalaqa Sab-A Samâwâtiw-Wa Minal-'Arđi Mishlahunn. Yatanaz-Zalul-'Amru Baynahunna Li-Ta-Lamu 'AnnaLLâha Alâ Kulli Syay-'In Qadir; Wa 'AnnaLLâha Qad 'Aĥâţa Bi-Kulli Syay-'In Ilmâ ۝

Maksudnya:
Dengan Nama ALLâh Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Wahai Nabi! apabila kamu - (engkau dan umatmu) - hendak menceraikan isteri-isteri (kamu), maka ceraikanlah mereka pada masa mereka dapat memulakan idahnya, dan hitunglah masa idah itu (dengan betul), serta bertaqwalah kepada ALLâh, Tuhan kamu. janganlah kamu mengeluarkan mereka dari rumah-rumah kediamannya (sehingga selesai idahnya), dan janganlah pula (dibenarkan) mereka keluar (dari situ), kecuali (jika) mereka melakukan perbuatan keji Yang nyata. dan itulah aturan-aturan hukum ALLâh (maka janganlah kamu melanggarnya); dan sesiapa Yang melanggar aturan-aturan hukum ALLâh maka Sesungguhnya ia telah berlaku zalim kepada dirinya. (Patuhilah hukum-hukum itu, kerana) Engkau tidak mengetahui boleh jadi ALLâh akan mengadakan, sesudah itu, sesuatu perkara (yang lain).
Kemudian, apabila mereka (hampir) habis tempoh idahnya, maka bolehlah kamu pegang mereka (rujuk) Dengan cara Yang baik, atau lepaskan mereka Dengan cara Yang baik; dan adakanlah dua orang saksi Yang adil di antara kamu (semasa kamu merujukkan atau melepaskannya); dan hendaklah kamu (yang menjadi saksi) menyempurnakan persaksian itu kerana ALLâh semata-mata. Dengan hukum-hukum Yang tersebut diberi peringatan dan pengajaran kepada sesiapa Yang beriman kepada ALLâh dan hari akhirat; dan sesiapa Yang bertaqwa kepada ALLâh (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari Segala perkara Yang menyusahkannya),
Serta memberinya rezeki dari jalan Yang tidak terlintas di hatinya. dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada ALLâh, maka ALLâh cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan Segala perkara Yang dikehendakiNya. ALLâh telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.
Dan perempuan-perempuan dari kalangan kamu Yang putus asa dari kedatangan haid, jika kamu menaruh syak (terhadap tempoh idah mereka) maka idahnya ialah tiga bulan; dan (demikian) juga idah perempuan-perempuan Yang tidak berhaid. dan perempuan-perempuan mengandung, tempoh idahnya ialah hingga mereka melahirkan anak Yang dikandungnya. dan (ingatlah), sesiapa Yang bertaqwa kepada ALLâh, nescaya Allah memudahkan baginya Segala urusannya.
Peraturan-peraturan Yang demikian adalah hukum-hukum ALLâh Yang diturunkan dan diterangkanNya kepada kamu; dan (ingatlah), sesiapa Yang bertaqwa kepada ALLâh, nescaya ALLâh menghapuskan kesalahan-kesalahannya, dan akan membesarkan pahala balasannya.
Tempatkanlah isteri-isteri (yang menjalani idahnya) itu di tempat kediaman kamu sesuai Dengan kemampuan kamu; dan janganlah kamu adakan sesuatu Yang menyakiti mereka (di tempat tinggal itu) Dengan tujuan hendak menyusahkan kedudukan mereka (supaya mereka keluar meninggalkan tempat itu). dan jika mereka berkeadaan sedang mengandung, maka berikanlah kepada mereka nafkahnya sehingga mereka melahirkan anak Yang dikandungnya; kemudian jika mereka menyusukan anak untuk kamu, maka berikanlah kepada mereka upahnya; dan berundinglah di antara kamu (dalam hal menyusunya) Dengan cara Yang baik. dan (sebaliknya) jika kamu (dari kedua pihak) mengalami kesulitan, maka bolehlah perempuan lain menyusukannya.
Hendaklah orang Yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya; dan sesiapa Yang di sempitkan rezekinya, maka hendaklah ia memberi nafkah dari apa Yang diberikan ALLâh kepadanya (sekadar Yang mampu); ALLâh tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) Yang diberikan Allah kepadaNya. (orang-orang Yang Dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan.
Dan bukan sedikit negeri-negeri Yang penduduknya menderhaka terhadap perintah Tuhan mereka dan Rasul-rasulNya, maka Kami hitung amal mereka satu persatu Dengan hitungan Yang keras rapi, serta Kami seksakan mereka Dengan azab Yang tidak pernah dikenal dahsyatnya.
Lalu mereka merasai kesan Yang buruk dari perbuatan derhakanya, dan menjadilah akibat perbuatan mereka satu kerugian Yang besar.
ALLâh menyediakan bagi mereka azab seksa Yang seberat-beratnya. maka bertaqwalah kepada ALLâh kepada Wahai orang Yang berakal sempurna dari kalangan orang Yang beriman. Sesungguhnya ALLâh telah menurunkan kepada kamu peringatan -
(Dengan mengutuskan) seorang Rasul (Nabi Muĥammad ) Yang membacakan kepada kamu ayat-ayat ALLâh Yang menerangkan kebenaran, supaya ALLâh mengeluarkan orang-orang (yang sedia diketahuiNya akan) beriman dan beramal soleh - dari gelap-gelita (kesesatan) kepada cahaya (hidayah petunjuk). dan (ingatlah), sesiapa Yang beriman kepada ALLâh dan beramal soleh, akan dimasukkan oleh ALLâh ke Dalam syurga Yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; kekalah mereka di dalamnya selama-lamanya. Sesungguhnya Allah (dengan Yang demikian) telah mengurniakan kepadanya sebaik-baik pemberian.
ALLâh Yang menciptakan tujuh petala langit dan (ia menciptakan) bumi seperti itu; perintah Allah berlaku terus menerus di antara alam langit dan bumi. (berlakunya Yang demikian) supaya kamu mengetahui Bahawa Sesungguhnya ALLâh Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu, dan Bahawa Sesungguhnya ALLâh tetap meliputi ilmunya akan tiap-tiap sesuatu.

No comments:

Post a Comment