✐ Sentiasa menghadirkan hati meyakini
kebesaran dan kekuasaan ALLâh.
✐ Menghadirkan hati mengakui tentang
kelemahan kita sebagai hamba ALLâh
yang sentiasa memerlukan pertolongan ALLâh.
✐ Menghadirkan hati mengakui segala
kemewahan dunia dan kesenangan adalah sementara.
✐ Tidak tergesa-gesa dalam menunaikan solat
kerana tergesa-gesa boleh membawa kepada luputnya beberapa perkara penting
untuk khusyuk.
✐ Hendaklah menunaikan solat pada awal
waktu dan secara berjemaah.
✐ Pakaian yang digunakan dalam solat
hendaklah bersih daripada najis. Begitu juga dengan sejadah. Ia hendaklah
bersih dan tidak mempunyai gambar-gambar yang boleh melalaikan solat.
✐ Dalam suasana yang aman tanpa suara
bising daripada kanak-kanak mahupun menerusi televisyen atau radio.
✐ Imam hendaklah seorang yang elok
bacaannya kerana bacaan yang elok membantu menghadirkan hati. Imam itu pula
tidak dibenci oleh ahli jemaah.
✐ Bersihkan fikiran daripada masalah hidup
dan tumpukan sepenuh perhatian kepada ALLâh.
✐ Membuang air kecil dan air besar terlebih
dahulu jika berasa perlu berbuat demikian. ini kerana orang yang solat dalam
keadaan menahan buang air kecil dan buang air besar tidak akan memperoleh
kekhusyukan.
✐ Tidak berada dalam keadaan lapar atau
terlalu kenyang kerana orang yang lapar hanya memikirkan untuk makan. Begitu
juga dengan orang yang terlalu kenyang berada dalam keadaan tidak selesa dalam
setiap pergerakannya.
✐ Kesihatan tubuh badan hendaklah dijaga.
Badan yang sakit sukar mendatangkan rasa khusyuk dalam solat.
✐ Hati hendaklah hadir dalam solat,
bukannya melayang tak tentu arah.
✐ Memahami makna bacaan dalam solat.
Walau
apapun syarat khusyu’ yang paling utama ialah kemantapan iman dalam diri
terhadap ALLâh و تعالى سبحانه. Oleh sebab itu, berusahalah
untuk mengenali ALLâh dan
memperteguhkan keimanan kepadaNya. Sebenarnya, khusyuk di dalam sembahyang
bermula dari khusyuk di luar sembahyang. Kalau di luar sembahyang hati tidak
khusyuk dengan ALLâh, memang payah
untuk khusyuk di dalam sembahyang. Imam Al-Ghazali menyatakan bahawa orang yang
tidak khusyuk solatnya adalah dikira sia-sia belaka, kerana tujuan solat itu
selain untuk mengingati ALLâh و تعالى سبحانه, ia juga berfungsi
sebagai alat pencegah dari perbuatan keji dan mungkar.
No comments:
Post a Comment