BismiLLâhir-Raĥmanir-Raĥim
Hal
'Atâ ‘Alal-'Insâni Ĥinum-Minad-Dahri Lam
Yakun-Syay-'Am-Mażkurâ 'Innâ Khalaqnal-'In-Sâna Min-Nuţfatin
'Amsyâjin-Nabtalihi Faja-Alnâhu Sami-‘Am-Başirâ 'Innâ
Haday-Nâhus-Sabila 'Immâ Syâkiraw-Wa 'Immâ Kafurâ 'Innâ 'A‘-Tadnâ Lil-Kâ-Firina Salâsila Wa 'Aġlâlaw-Wa Sa-‘Irâ 'Innal 'Abrâra Yasyrabuna Min-Ka'-Sin-Kâna Mizâjuhâ Kâfurâ ‘Aynay-Yasy-Rabu Bihâ ‘IbâduLLâhi Yufajji-Runahâ
Taf-Jirâ Yufuna
Binnażri Wa Ya-Khâfuna Yawman-Kâna
Syarruhu Musta-Ţirâ Wa
Yuţ-‘Imunaţ-Ţa-‘Âma ‘Alâ Ĥubbihi Miskinaw-Wa
Yatimaw-Wa 'Asirâ 'Innamâ Nuţ-‘lmukum Li-Waj-HiLLâhi Lâ Nuridu Minkum Jazâ-'Aw-Wa Lâ Syukurâ 'Innâ
Nakhâfu Mir-Rabbinâ Yawman ‘Abusan-Qam-Ţarirâ FawaqâhumuLLâhu Syarra Zâlikal-Yawmi
Wa Laqqâhum Nađrataw-Wa Sururâ Wa
Jazâhum-Bimâ Şabaru Jannataw-Wa Ĥa-Rirâ Muttaki-'Ina Fihâ ‘Alal-'Ara-'Ik, Lâyarawna Fihâ Syamsaw-Wa
Lâ Zam-Harirâ Wa Dâniyatan ‘Alay-Him Źilâluhâ Wa Żulli-Lat Qutu-Fuhâ Taż-Lilâ Wa Yuţâfu
‘Alay-Him-Bi-'Âniyatim-Min-Fiđđatiw-Wa 'Ak-Wâbin-Kânat Qawârirâ Qawârirâ Min-Fiđđatin-Qaddaruhâ Taqdira Wa Yus-Qawna Fihâ Ka'-San-Kâna Mizâjuhâ Zanja-Bilâ ‘Ay-Nan-Fihâ Tusammâ Salsabila Wa Yaţufu ‘Alayhim Wildânum-Mukhalladuna 'Iżâ Ra-'Aytahum Ĥasibtahum Lu'-Lu-'Am-Manshurâ Wa 'Iżâ
Ra-'Ayta Shamma Ra-'Ayta
Na-‘Imaw-Wa Mul-Kan-Kabirâ ‘Âliyahum Shiyâbu Sundusin Khudruw-Wa
'Is-Tabaraq, Wa Ĥullu 'Asâwira
Min-Fiđđatin Wa Saqâhum Rabbuhum Syarâban-Ţahurâ 'Inna Hâżâ
Kâna La-Kum Jazâ-'Aw-Wa Kâna Sa‘-Yu-Kum-Masy-Kurâ 'Innâ Naĥnu Nazzalnâ ‘Alay-Kal-Qur-'Âna Tanzilâ Faş-Bir
Li-Ĥukmi Rabbika Wa Lâ Tuţi‘ Minhum 'Âshiman 'Aw Kafurâ Waż-Kurisma
Rabbika Bukrataw-Wa 'Aşilâ Wa Minal-Lay-Li
Fas-Jud Lahu Wa Sabbiĥ-Hu Lay-Lan-Ţawilâ 'Inna Hâ-'Ulâ-'I Yuĥib-Bunal-‘Ajilata Wa Yażaruna Warâ-'Ahum Yawman-Shaqilâ
Naĥnu-Khalaq-Nâhum Wa Syadadnâ 'Asrahum; Wa 'Iżâ Syi'-Nâ
Bad-Dalnâ 'Amshâlahum
tabdilâ 'Inna Hâżihi Taż-Kirah; Fa-Man-Syâ 'Attakhaża 'Ilâ Rabbihi Sabilâ Wa Mâ Tasyâ-'Una 'Illâ 'Ay-Yasyâ-'ALLâh; 'InnaLLâha Kâna ‘Aliman Ĥakimâ Yud-Khilu Man-Ya-Syâ-'U Fi Raĥmatih; Waź-Źâlimina 'A-‘Adda Lahum ‘Ażâban 'Alimâ
Maksudnya:
Dengan
Nama ALLâh Yang Maha Pemurah Lagi
Maha Mengasihani
✐ Bukankah telah berlalu
kepada manusia satu ketika dari masa (yang beredar), sedang ia (masih belum
wujud lagi, dan) tidak menjadi sesuatu benda Yang disebut-sebut, (maka mengapa
kaum musyrik itu mengingkari hari akhirat)?
✐ Sesungguhnya Kami telah
aturkan cara mencipta manusia bermulanya dari air mani Yang bercampur (dari
pati benih lelaki dan perempuan), serta Kami tetap mengujinya (dengan
kewajipan-kewajipan); oleh itu maka Kami jadikan Dia berkeadaan mendengar dan
Melihat.
✐ kerana keadaan itu tidak
mencukupi, maka) Sesungguhnya Kami telah menunjukkan kepadanya (melalui akal
dan Rasul) akan jalan-jalan (yang benar dan Yang salah; maka terserahlah
kepadaNya) sama ada ia bersyukur (dengan beriman dan taat), ataupun ia berlaku
kufur (dengan mengingkari kebenaran atau menderhaka).
✐ (dalam pada itu),
Sesungguhnya Kami telah menyediakan bagi sesiapa Yang berlaku kufur (atau
menderhaka): beberapa rantai dan belenggu serta neraka Yang menjulang-julang.
✐ Sesungguhnya orang-orang
Yang berbakti (dengan taat dan kebajikan), akan meminum dari piala: sejenis
minuman Yang bercampur Dengan "Kafur", -
✐ Iaitu sebuah matair (di
Syurga), Yang diminum daripadanya oleh hamba-hamba ALLâh (yang taat); mereka boleh mengalirkannya (di tempat-tempat
tinggal mereka) Dengan aliran Yang semudah-mudahnya dan menurut kemahuannya.
✐ (Mereka dikurniakan
kesenangan itu kerana) mereka menyempurnakan nazarnya (apatah lagi Yang
Diwajibkan Tuhan kepadaNya), serta mereka takutkan hari (akhirat) Yang azab
seksaNya merebak di sana sini.
✐ Mereka juga memberi
makan benda-benda makanan Yang dihajati dan disukainya, kepada orang miskin dan
anak yatim serta orang tawanan,
✐ (Sambil berkata Dengan
lidah atau Dengan hati): "Sesungguhnya Kami memberi makan kepada kamu
kerana ALLâh semata-mata; Kami tidak
berkehendakkan sebarang balasan dari kamu atau ucapan terima kasih,
✐ "Kami sebenarnya takutkan
Tuhan kami, takut ia kenakan Kami azab hari Yang padanya muka orang-orang Yang
bersalah: masam berkerut-kerut".
✐ Dengan sebab (Mereka
menjaga diri dari kesalahan), maka ALLâh
selamatkan mereka dari kesengsaraan hari Yang demikian keadaannya, serta
memberikan kepada mereka keindahan Yang berseri-seri (di muka), dan perasaan
ria gembira (di hati).
✐ Dan kerana kesabaran
mereka (mengerjakan suruhan ALLâh
dan meninggalkan laranganNya), mereka dibalas oleh Allah Dengan syurga dan
(persalinan dari) sutera.
✐ Mereka berehat di Dalam
syurga Dengan berbaring di atas pelamin-pelamin (yang berhias), mereka tidak
nampak di situ adanya matahari (usahkan hawa panasnya), dan tidak juga merasai
suasana Yang terlampau sejuk;
✐ Sedang naungan
pohon-pohon syurga itu dekat kepada mereka, dan buah-buahannya pula dimudahkan
(untuk mereka memetiknya) Dengan semudah-mudahnya.
✐ Dan (selain itu)
Diedarkan kepada mereka (oleh pelayan-pelayannya): bijana dari perak dan
piala-piala minuman Yang keadaannya laksana kaca (nampak jelas isinya) -
✐ (Keadaannya laksana)
kaca, (sedang ia) dari perak; pelayan-pelayan itu menentukan kadar isinya
sekadar Yang cukup betul Dengan kehendak penggunanya.
Dan mereka Dalam syurga itu, diberi minum
sejenis minuman Yang campurannya dari "Zanjabil",
✐ Iaitu sebuah matair
Dalam syurga, Yang disebutkan sifatnya sebagai "Salsabil".
✐ Dan mereka dilayani oleh
anak-anak muda lelaki Yang tetap kekal (dalam keadaan mudanya), Yang sentiasa
beredar di sekitar mereka; apabila Engkau melihat anak-anak muda itu, nescaya
Engkau menyangkanya mutiara Yang bertaburan.
✐ Dan apabila Engkau
melihat di sana (dalam syurga itu), Engkau melihat nikmat Yang melimpah-limpah
dan kerajaan Yang besar (yang tidak ada bandingannya).
✐ Mereka di Dalam syurga
memakai pakaian hijau Yang diperbuat dari sutera Halus dan sutera tebal (yang
bertekat), serta mereka dihiasi Dengan gelang-gelang tangan dari perak; dan
mereka diberi minum oleh Tuhan mereka Dengan sejenis minuman (yang lain) Yang
bersih suci.
✐ (Serta dikatakan kepada
mereka): "Sesungguhnya (segala pemberian) ini adalah untuk kamu sebagai
balasan, dan adalah usaha amal kamu (di dunia dahulu) diterima dan dihargai
(oleh Allah)".
✐ Sesungguhnya Kami telah
menurunkan Al-Qur-'Ân kepadamu
(Wahai Muĥammad), Dengan
beransur-ansur.
✐ Oleh itu hendaklah
Engkau bersabar menerima hukum Tuhanmu (memberi tempoh kepada golongan Yang
menentangmu), dan janganlah Engkau menurut kehendak orang Yang berdosa di
antara mereka, atau orang Yang kufur ingkar.
✐ Dan sebutlah Dengan
lidah atau Dengan hati akan nama Tuhanmu (di Dalam dan di luar sembahyang),
pada waktu pagi dan petang;
✐ Dan (dengan apa keadaan
pun maka) pada sebahagian dari waktu malam sujudlah kepada Tuhan (dengan
mengerjakan sembahyang), dan (seboleh-bolehnya) bertasbihlah memujiNya (dengan
mengerjakan sembahyang Tahajjud), pada sebahagian Yang panjang dari waktu
malam.
✐ Sesungguhnya orang-orang
(yang menentangmu) itu sentiasa mencintai (kesenangan dan kemewahan dunia) Yang
cepat habisnya, serta mereka membelakangkan (tidak menghiraukan bekalan) untuk
hari akhirat Yang amat berat (penderitaannya kepada orang-orang Yang tidak
bertaqwa).
✐ Kamilah Yang menciptakan
mereka serta menguatkan tulang sendi dan urat saraf mereka; (Kami berkuasa
membinasakan mereka) dan apabila Kami kehendaki, Kami gantikan (Mereka dengan)
orang-orang Yang serupa Dengan mereka, Dengan penggantian Yang sebaik-baiknya.
✐ Sesungguhnya (segala
keterangan Yang disebutkan) ini, menjadi peringatan; maka sesiapa Yang mahukan
(kebaikan dirinya) bolehlah ia mengambil jalan Yang menyampaikan kepada
keredaan ALLâh (dengan iman dan
taat).
✐ Dan tiadalah kamu
berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan Dengan cara Yang dikehendaki
ALLâh; Sesungguhnya ALLâh adalah Maha Mengetahui, lagi Maha
Bijaksana (mengaturkan sebarang perkara Yang dikehendakiNya).
✐ Ia memasukkan sesiapa
Yang dikehendakiNya (menurut aturan Yang ditetapkan) ke Dalam rahmatNya (dengan
ditempatkannya di Dalam Syurga); dan orang-orang Yang zalim, ia menyediakan
untuk mereka azab seksa Yang tidak terperi sakitnya.
ok
ReplyDelete