Kisah
Wali ALLAH Dan Paderi Sama'an - 50 Soalan Lawan 1 Soalan.
Ini
adalah kisah yang masyur dikalangan Ilmuan Islam.
Abu
Yazid Al Bustami seorang ahli Sufi yang dikejutkan oleh mimpinya supaya pergi
ke gereja Samaan. Tiga kali mimpinya itu berulang. Lalu ia bersiap sedia dengan
pakaian dan cara yang diberitahu dalam mimpinya.
Ia
masuk ke gereja Samaan tanpa disedari oleh Paderi-paderi yang hadir. Dia
sama-sama menanti kedatangan ketua Paderi. Setelah ketua Paderi datang, ketua
Paderi itu tidak dapat berucap. Dia tahu ada orang lain, orang Islam di dalam
gereja itu. Katanya, ” ada orang yang percaya kepada Syariat Muhammad di dalam
gereja ini.”
Semua
paderi menjadi gempar dan mereka mahu orang itu di bunuh. Namun ketua paderi
menghalang, sebaliknya ketua paderi meminta orang itu bangun supaya mereka
dapat mengenalinya. Abu Yazid Al-Bustami pun bangun, tanpa rasa takut.
MENJAWAB
50 SOALAN
Ketua
paderi berkata, “wahai pengikut Muhammad, saya akan mengajukan pertanyaan
kepada kamu. Jika kamu dapat menjawab semuanya dengan benar, maka saya akan
mengikut agama kamu. Namun jika kamu tidak dapat menjawabnya, maka kami akan
membunuh kamu.”
Jawab
Abu Yazid, “baiklah! Tanyalah apa saja yang kamu ingin tanyakan.”
Ketua
paderi itu mengemukakan 50 soalan berterusan dan selepas ini Abu Yazid
menjawabnya dengan tepat.
Soalan
1 :
Paderi
: Apakah Yang satu tidak ada duanya ?
Soalan
2 :
Paderi
: Apakah Yang dua tiada tiganya ?
Soalan
3 :
Apakah
Yang tiga tiada empatnya ?
Soalan
4 :
Apakah
Yang empat tiada limanya ?
Soalan
5 :
Apakah
Yang lima tiada enamnya ?
.
Soalan
6 :
Apakah
Yang enam tiada tujuhnya ?
Soalan
7 :
Apakah
Yang tujuh tiada lapannya ?
.
Soalan
8 :
Apakah
Yang lapan tiada sembilannya ?
Soalan
9 :
Apakah
Yang sembilan tiada sepuluh ?
Soalan
10 :
Apakah
Sepuluh yang sempurna ?
Soalan
11 :
Apakah
itu Yang sebelas ?
Soalan
12 :
Apakah
itu Yang dua belas ?
Soalan
13 :
Apakah
itu Yang tiga belas ?
Soalan
14 :
Siapakah
Orang yang berdusta,kemudian dapat masuk Syurga ?
Soalan
15 :
Siapakah
Orang yang benar, tetapi mereka dimasukkan ke dalam neraka ?
Soalan
16 :
Apakah
Tempat roh dalam badan manusia ?
Soalan
17 :
Apakah
itu Al Zariyati Zarwa ?
Soalan
18 :
Apakah
itu Al Hamilati Wakra ?
Soalan
19 :
Apakah
itu Al Jariyati Yusra ?
Soalan
20 :
APakah
itu Al Mukassimati Amra ?
Soalan
21 :
Apakah
yang Yang empat belas ?
Soalan
22 :
Apakah
Kubur yang berjalan dengan penghuninya ?
Soalan
23 :
Apakah
Yang bernafas, tetapi tidak mempunyai roh ?
Soalan
24 :
Apakah
Air yang tidak turun dari langit dan tidak keluar dari bumi ?
Soalan
25 :
Apakah
Empat yang bukan daripada golongan manusia, Malaikat dan bukan daripada
punggung lelaki dan daripada perempuan ?
Soalan
26 :
Apakah
itu Satu ciptaan Allah, lalu diingkarinya sebagai satu yang buruk ?
Soalan
27 :
Apakah
Darah yang mula-mula mengalir ke bumi?
Soalan
28 :
Apakah
itu Sesuatu ciptaan Allah, lalu diangkat sesuatu yang berat ?
Soalan
29 :
Apakah
Pada mulanya sebatang kayu kemudian menjadi roh?
Soalan
30 :
Siapakah
Wanita yang paling utama ?
Soalan
31 :
Apakah
Gunung yang paling utama ?
Soalan
32 :
Apakah
Binatang yang paling utama ?
Soalan
33 :
Apakah
itu Bulan yang paling utama ?
Soalan
34 :
Apakah
itu Malam yang paling utama.
Soalan
35 :
Apakah
itu Tentang Attaâ'mah?
Soalan
36 :
Pohon
yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting ada 30 daun, setiap daun ada lima
kembang, dua bunga di matahari dan tiga bunga di tepi kegelapan ?
Soalan
37 :
Apakah
Satu benda yang pergi haji dan tawaf di Baitullah, tetapi tidak mempunyai roh
dan tidak wajib haji ?
Soalan
38 :
Empat
jenis air yang lain rupanya dan rasanya, tetapi sumbernya satu ?
Soalan
39 :
Apakah
itu Nakir, fatil dan kitmir ?
Soalan
40 :
Apakah
itu Sabid dan Labad ?
Soalan
41 :
Apakah
itu Sam dan Ram ?
Soalan
42 :
Apakah
Maksud keldai Makwak ?
Soalan
43 :
Apakah
Maksud anjing menyalak ?
Soalan
44 :
Apakah
Maksud jeritan kuda ?
Soalan
45 :
Apakah
Maksud jeritan unta. ?
Soalan
46 :
Apakah
Maksud nyanyian burung Bulbul ?
Soalan
47 :
Apakah
Maksud bunyi katak ?
Soalan
48 :
Apakah
Maksud kata-kata burung Nakus ?
.
Soalan
49 :
Kaum
daripada makhluk Allah yang diutus kepadanya, namun ia bukan dari kumpulan jin,
manusia dan Malaikat ?
Soalan
50 :
Di
mana malam ketika siang dan di mana siang ketika malam.?
JAWAPAN
DARI ABU YAZID
Lalu
Abu Yazid menjawab ke semua nya.
Soalan
1 :
Paderi
: Apakah Yang satu tidak ada duanya ?
Kewujudan
Allah Maha Esa. Dia Tuhan yang tunggal tiada sekutu baginya.
Soalan
2 :
Paderi
: Apakah Yang dua tiada tiganya ?
Malam
dan siang. Apabila pergi malam datanglah siang dan apabila pergi siang
datanglah malam.
Soalan
3 :
Apakah
Yang tiga tiada empatnya ?
Kursi,
Kalam dan Arash Allah Hu Subhanahu Wataala.
Soalan
4 :
Apakah
Yang empat tiada limanya ?
Taurat,
Injil, Zabur dan Al-Quran.
Soalan
5 :
Apakah
Yang lima tiada enamnya ?
Islam
telah memfardukan solat lima waktu: Zohor, Asar, Maghrib, Ishak dan Subuh.
Soalan
6 :
Apakah
Yang enam tiada tujuhnya ?
Hari-hari
Allah telah menciptakan langit dan bumi. Ini semua tersebut di dalam
Kitab-kitab suci juga.
Soalan
7 :
Apakah
Yang tujuh tiada lapannya ?
Tujuh
petala langit dan tujuh lapis bumi yang disebut di dalam Kitab Suci juga.
Soalan
8 :
Apakah
Yang lapan tiada sembilannya ?
Bilangan
Malaikat yang memikul Arash Allah Taala yang disebutkan di dalam Kitab Suci
(ertinya): dan akan memikul Arash Tuhan kamu pada hari (Kiamat) itu
adalah
lapan Malaikat.
Soalan
9 :
Apakah
Yang sembilan tiada sepuluh ?
Bilangan
kaum daripada golongan manusia yang menjadi kerosakan bumi Allah, sebagaimana
yang tersebut di dalam Kitab Suci (ertinya): di dalam kota itu dahulu terdapat
sembilan kumpulan yang menjadi perosak bumi, mereka tidak pernah melakukan yang
baik.
Soalan
10 :
Apakah
Sepuluh yang sempurna ?
Kewajipan
puasa sepuluh hari ke atas orang yang berihram haji sebagaimana firman Allah
Taala (ertinya): Maka hendaklah ia (orang yang berihram haji) berpuasa tiga
hari semasa haji dan tujuh hari setelah balik ke negerinya. Itulah dia sepuluh
yang sempurna.
Soalan
11 :
Apakah
itu Yang sebelas ?
Saudara-saudara
Nabi Yusof Alaihissalam.
Soalan
12 :
Apakah
itu Yang dua belas ?
Bilangan
bulan dalam setahun.
Soalan
13 :
Apakah
itu Yang tiga belas ?
Mimpi
Nabi Yusof Alaihissalam yang tersebut di dalam Kitab Suci: Sesungguhnya Aku
melihat sebelas bintang, matahari dan bulan.
Jumlahnya
tiga belas.
Soalan
14 :
Siapakah
Orang yang berdusta,kemudian dapat masuk Syurga ?
Mereka
ialah saudara-saudara Nabi Yusof Alaihissalam. Mereka memberitahu ayah mereka
Nabi Yaakob Alaihissalam bahawa Yusof telah di makan serigala. Mereka membawa
pakaiannya yang dilumur dengan darah kambing. Perkara yang mereka lakukan itu
adalah suatu dusta.
Soalan
15 :
Siapakah
Orang yang benar, tetapi mereka dimasukkan ke dalam neraka ?
Mereka
ialah kaum Yahudi dan Nasrani, sesuai dengan firman Allah Ta’ala ( ertinya )
: telah berkata
Kaum
Yahudi, kaum Nasrani itu tidak benar dan berkata kaum Nasrani pula kaum Yahudi
itu tidak benar. Kedua-dua kaum itu berkata benar pada tuduhan mereka antara
satu dengan lain, namun mereka tidak mahu tunduk kepada kebenaran yang ada di
hadapan mereka iaitu mempercayai agama yang di bawa oleh Nabi Muhammad
Sallallahu Alaihi Wasalam sebagai agama yang sebelumnya. Lantaran itu mereka
menduduki neraka.
Soalan
16 :
Apakah
Tempat roh dalam badan manusia ?
Roh
berada di dalam tubuh badan manusia yang hanya diketahui hakikatnya oleh Allah
Taala kerana roh adalah merupakan urusan Allah Taala jua, berdasarkan firmannya
(ertinya): katakan roh itu dari perkara urusan Tuhanku.
Soalan
17 :
Apakah
itu Al Zariyati Zarwa ?
Nama
empat macam angin.
Soalan
18 :
Apakah
itu Al Hamilati Wakra ?
Awan
gemawan di dada langit.
Soalan
19 :
Apakah
itu Al Jariyati Yusra ?
Perahu-perahu
yang belayar di laut.
Soalan
20 :
APakah
itu Al Mukassimati Amra ?
Malaikat-malaikat
yang bertugas membahagi-bahagikan rezeki kepada manusia pada malam Nisfu
Syaaban.
Soalan
21 :
Apakah
yang Yang empat belas ?
Tujuh
petala langit dan tujuh lapis bumi yang sesuai dengan firman Allah Taala
(ertinya): Maka Allah berfirman kepadanya iaitu kepada tujuh petala langit dan
tujuh lapis bumi, datanglah kepada aku secara patuh terhadap perintahku ataupun
secara terpaksa. Maka berkata kedua-dua langit dan bumi, “kami akan datang
kepadamu secara patuh dan taat.”
Soalan
22 :
Apakah
Kubur yang berjalan dengan penghuninya ?
Ikan
besar yang menelan Nabi Yunus Alaihissalam. Nabi Yunus Alaihissalam di bawa
oleh ikan ke mana-mana sahaja yang akhirnya dimuntahkan di pantai dengan izin
Allah Taala.
Soalan
23 :
Apakah
Yang bernafas, tetapi tidak mempunyai roh ?
Waktu
subuh seperti firman Allah Taala (ertinya): demi subuh apabila ia terlepas.
Soalan
24 :
Apakah
Air yang tidak turun dari langit dan tidak keluar dari bumi ?
Air
yang dikirim oleh ratu Balqis kepada Nabi Sulaiman Alaihissalam di dalam botol
iaitu air peluh kuda.
Soalan
25 :
Apakah
Empat yang bukan daripada golongan manusia, Malaikat dan bukan daripada
punggung lelaki dan daripada perempuan ?
Kibas
yang di bawa Jibril Alaihissalam sebagai korban ganti Nabi Ismail Alaihissalam,
unta Nabi Salleh Alaihissalam yang disembelih kaumnya, untuk Nabi Adam dan Siti
Hawa Alaihissalam.
Soalan
26 :
Apakah
itu Satu ciptaan Allah, lalu diingkarinya sebagai satu yang buruk ?
Suara
keldai yang tidak sedap didengar, sesuai dengan firman Allah Taala (ertinya):
sesungguhnya suara yang paling buruk ialah suara keldai
Soalan
27 :
Apakah
Darah yang mula-mula mengalir ke bumi?
Darah
Habil yang dibunuh oleh saudaranya Kabil.
Soalan
28 :
Apakah
itu Sesuatu ciptaan Allah, lalu diangkat sesuatu yang berat ?
Helah
kaum wanita, seperti Firman Allah Taala (ertinya): sesungguhnya tipu helah
wanita adalah suatu tipu helah besar atau berat.
Soalan
29 :
Apakah
Pada mulanya sebatang kayu kemudian menjadi roh?
Tongkat
Nabi Musa Alaihissalam
Soalan
30 :
Siapakah
Wanita yang paling utama ?
Hawa,
ibu sekalian manusia, kemudian Khatijah dan Aisyah, Asiah (isteri Firaun) dan
Maryam Binti Imran.
Soalan
31 :
Apakah
Gunung yang paling utama ?
Gunung
Tursina
Soalan
32 :
Apakah
Binatang yang paling utama ?
Kuda.
Soalan
33 :
Apakah
itu Bulan yang paling utama ?
Bulan
Ramadhan.
Soalan
34 :
Apakah
itu Malam yang paling utama.
Lailatul
Qadar.
Soalan
35 :
Apakah
itu Tentang Attaâ'mah?
Hari
Kiamat.
Soalan
36 :
Pohon
yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting ada 30 daun, setiap daun ada lima
kembang, dua bunga di matahari dan tiga bunga di tepi kegelapan ?
Pohon
itu “tahun” yang padanya ada 12 bulan, satu bulan ada 30 hari. Lima itu ialah
lima waktu solat
Soalan
37 :
Apakah
Satu benda yang pergi haji dan tawaf di Baitullah, tetapi tidak mempunyai roh
dan tidak wajib haji ?
Bahtera
Nabi Noh Alaihissalam.
Soalan
38 :
Empat
jenis air yang lain rupanya dan rasanya, tetapi sumbernya satu ?
Air
mata, air telinga, air hidung dan air mulut. Air mata masin, air telinga pahit,
air hidung masin dan air mulut tawar.
Soalan
39 :
Apakah
itu Nakir, fatil dan kitmir ?
Nakir
ialah titik yang terdapat pada kulit luar benih, fatil ialah titik yang
terdapat di dalam benih dan kitmir ialah kulit yang membaluti benih.
Soalan
40 :
Apakah
itu Sabid dan Labad ?
Bulu
kambing biri-biri dan kambing kasi.
Soalan
41 :
Apakah
itu Sam dan Ram ?
Makhluk
yang telah ada sebelum wujud Nabi Adam Alaihissalam.
Soalan
42 :
Apakah
Maksud keldai Makwak ?
Keldai
Makwak tanda ia melihat syaitan, lalu ia berkata: Allah melaknatnya.
Soalan
43 :
Apakah
Maksud anjing menyalak ?
Anjing
menyalak bermaksud: Awas! Celaka bagi penghuni-penghuni neraka dari kemurkaan
Allah yang maha berkuasa.
Soalan
44 :
Apakah
Maksud jeritan kuda ?
Kuda
menjerit bermaksud: Maha suci Allah yang memeliharaku ketika tentera berpadu
menyerang musuh dengan penuh semangat.
Soalan
45 :
Apakah
Maksud jeritan unta. ?
Unta
menjerit membawa maksud: Hasbiyallahu Wakafa Billahi Wakila (ertinya):
Memadailah Allah bagiku dan cukuplah Dia tempat aku menyerahkan diriku.
Soalan
46 :
Apakah
Maksud nyanyian burung Bulbul ?
Nyanyian
Bulbul bermaksud: Maha suci Allah pada waktu pagi dan pada waktu petang.
Soalan
47 :
Apakah
Maksud bunyi katak ?
Bunyi
katak bermaksud: Maha suci Tuhan yang di sembah di mana-mana sahaja ada
makhluknya dan di tempat-tempat yang tiada penghuninya.
Soalan
48 :
Apakah
Maksud kata-kata burung Nakus ?
Maksud
kata-katanya: Maha suci Allah sungguh-sungguh! Wahai anak Adam! Lihatlah di
barat dan di timur di dunia itu, adakah makhluk yang menongkat langit?.
Soalan
49 :
Kaum
daripada makhluk Allah yang diutus kepadanya, namun ia bukan dari kumpulan jin,
manusia dan Malaikat ?
Makhluk
itu adalah lebih seperti Firman Allah Taala (ertinya): dan Tuhan kamu telah
mewahyukan kepada lebih…
Soalan
50 :
Di
mana malam ketika siang dan di mana siang ketika malam.?
Kedua-duanya
berada di dalam ilmu Allah Taala yang amat sulit.
SOALAN
DARI ABU YAZID
Kata
Abu Yazid, “saya sudah jawab semua pertanyaan tuan. Sekarang ada lagikah
soalan-soalan lain?”
Semua
pendeta menjawab, “tidak ada lagi,”
Kemudian
Abu Yazid mengemukakan pertanyaan kepada mereka.
“beritahu
saya kunci Syurga dan Neraka langit.”
Tidak
seorang pun yang dapat menjawabnya dan mereka mengaku bahawa memang mereka
tidak tahu jawapannya. Baru satu soalan sudah tidak dapat dijawab sedangkan Abu
Yazid telah menjawab berpuluh soalan.
Mereka
meminta ketua paderi menjawab, namun ia membisu. Katanya, “bukan saya tidak
mahu menjawab, tetapi saya takut kamu semua tidak bersetuju.”
Mereka
hairan mendengar kata-kata ketua paderi itu. Akhirnya mereka mendesak juga dan
bersedia untuk bersetuju dan menerima kata-kata ketua mereka.
“bahawa
kunci Syurga dan kunci langit itu tidak lain ialah “LAILA HAILLALLAH HU
MUHAMMAD DARRASULUULAH.”Tegas ketua paderi.
Mereka
semua tersentak, terdiam. Lalu Abu Yazid berkata, “memang benar kata ketua kamu
ini.”
Semua
paderi memeluk Islam
Abu
Yazid menuntut janji kepada ketua paderi dan persetujuan pengikut-pengikutnya.
“Sahabat-sahabat
sekalian percayalah bahawa apa yang saya beritahu itu adalah benar. Saya tidak
didesak oleh mana-mana tekanan. Memang sudah lama saya fikirkan hendak
menyampaikan perkara ini kepada sahabat-sahabat semua, tetapi saya bimbang
sahabat-sahabat tidak akan percaya kepada saya lagi. Saya hanya menunggu
waktu.”
“Dari
mana tuan mengetahui perkara ini?” Tanya salah seorang paderi.
“Dari
ketua sebelum saya.” Jelas ketua paderi.
“Sebelum
ketua itu meninggal dunia dia telah bersumpah bahawa perkara yang dikatakan itu
adalah benar.” Sambung ketua paderi itu.
“Kalau
begitu, apa lagi yang kita tunggu!”
Ketua
paderi dan pengikut-pengikutnya semuanya memeluk Islam disebabkan oleh Abu
Yazid.
Ilmu
Abu Yazid telah menyelamatkan daripada maut. Ilmu ketua paderi telah
menyelamatkan daripada kesesatan dan ilmu kedua-duanya telah menutup tabir
kejahilan dan menyingkap tabir kebenaran dan Islam!
No comments:
Post a Comment