✐ Duit Banyak,
Bapi Cepat Jer Habis.
Tak
tau duit pergi mana. Pendapatan bertambah, tapi asyik tak cukup jer. Duit
banyak dihabiskan pada benda yang sia-sia. Patutnya bila duit dapat banyak,
sedekah pun kena la bertambah. Tapi tak, kita jadi makin kedekut. Sedekah tak
bertambah, duit tetap habis ke tempat lain.
✐ Buat Kerja,
Tak Siap.
Projek
ada macam-macam, idea banyak, tapi satu pun tak berjaya. Macam-macam usaha
dibuat, macam-macam projek kita cuba nak lakukan, tapi semuanya tergantung.
Semuanya tergendala. Satu pun tak berjaya. Kalau ada yang menjadi, tapi tak
seperti yang dirancangkan.
✐ Buat Sesuatu,
Tak Dapat Manfaat.
Baca
buku banyak, tapi ilmu satu pun tak lekat. Nasihat orang pandai, tapi diri pun
tunggang langgang.
✐ Masa Habis Dengan Sia-Sia.
Kononnya
sibuk, tapi sebenarnya banyak masa dihabiskan dengan perkara yang sia-sia. Leka
main fesbuk, leka tengok TV, leka berborak dengan kawan, leka main game, leka
melepak dengan kawan-kawan. Tapi nak luang baca Qur-'Ân 5 minit sehari pun tak boleh. Solat pun akhir waktu. Solat tak
sampai 5 minit. Zikir langsung tak amal. Malah nak berdoa untuk diri sendiri
pun malas.
Adakah
anda salah seorang yang mengalami atau merasai tanda-tanda di atas?
Mari
kita sama-sama muhasabah diri. Tanya pada diri, adakah kita salah seorang
daripada orang yang tidak mendapat keberkatan dari ALLâh.
Aduh,
alangkah malang dan rugi nya kalau kita gagal mendapat keberkatan dalam hidup
ini. Kerana kita bukan saja akan rugi di dunia ini, malah akan bangkrap di
akhirat nanti. Na-‘UżubiLLâh. Sama-sama kita taubat dan mohon taufik hidayah daripada ALLâh Ta-‘Âlâ untuk memperbaiki
iman dan amal kita masing-masing. Sama-sama muhasabah dan mengingati diri
sendiri juga
No comments:
Post a Comment