✐ Malaikat
pemberi rezeki akan memberi salam dan berkata : ” Akulah yang ditugaskan
memberi rezekimu, samada di timur atau di barat bumi ini. Maka sudah sampai
saat aku tidak dapat memberi rezeki lagi kepadamu walau sesuap rezeki “.
✐ Malaikat
yang mengurus makan dan minum memberi salam dan berkata : Akulah yang
menguruskan makan dan minummu dan sebagainya samada semasa kamu berada di timur
atau barat di atas muka bumi ini. Pada masa ini aku tidak dapat memberi kamu
minum walau seteguk air “.
✐ Malaikat
yang memberi nafas memberi salam dan berkata : ” Akulah yang mengurus segala
pernafasanmu semasa kamu berada di timu atau di barat di atas muka bumi ini,
kini aku tidak lagi dibenarkan memberi kepadamu walau satu nafas daripada
nafas-nafasmu apabila ajalmu telah sampai “.
✐ Malaikat
ajal memberi salam dan berkata : ” Akulah yang mengurus ajalmu dan sentiasa
bersamamu semasa kamu berada di timur atau di barat di atas muka bumi ini, kini
aku akan mengambil ajalmu “.
Bismillahirrohmaanirrohiim mohon share jzkk Moga diterima sebagai amal soleh In Syaa Allah
ReplyDelete