Adam...
✐ Jika kau mencintaiku kerana ALLâh jangan dekati aku
✐ Jika kau mencintaiku kerana ALLâh jangan menggodaku
✐ Jika kau mencintaiku kerana ALLâh jangan merayuku
✐ Jika kau mencintaiku kerana ALLâh jaga izzahmu denganku
✐ Jika kau mencintaiku kerana ALLâh jangan menyentuhku
✐ Jika Mencintaiku kerana ALLâh jagalah hatimu dan hatiku agar tetap
Mencintai-Nya.
✐ Jika kau mencintaiku kerana ALLâh jangan menjadikan aku kekasihmu
✐ Jika kau mencintaiku kerana ALLâh pilihlah jalan yang Allah redhai
untuk mendapatkan hatiku
✐ Jika kau mencintaiku kerana ALLâh, menjauhlah jika kau tahu aku belum
siap menerima pinanganmu.
✐ Jika kau mencintaiku kerana ALLâh, bersabarlah mengungkapkannya di
saat yang tepat.
✐ Jika kau mencintaiku kerana ALLâh, tak perlu risau andai kita tak
dapat bersatu, kerana kita tidak pernah tahu apakah aku sudah baik untukmu dan
kau baik untukku menurut Allah.
✐ Jika kau mencintaiku kerana ALLâh, Yakinlah!
✐ Jika aku memang di takdirkan ALLâh menjadi bidadarimu, kita pasti akan
bersatu.
✐ Jangan menodai kesucian cinta hanya karena
nafsu semata.
Hawa...
✐ Jika aku seorang lelaki yang mengatakan
cinta padamu kerana ALLâh namun
tanpa malu mendekatimu, apa kau tidak merasa takut terjerat padaku?
✐ Jika aku seorang lelaki yang mengatakan
cinta padamu kerana ALLâh namun
tanpa malu dengan gatal menggodamu, apa kau tidak merasa risau pada
kegatalanku?
✐ Jika aku seorang lelaki yang mengatakan
cinta padamu kerana ALLâh namun
tanpa segan merayumu, apakah kau terbuai oleh pujuk rayuku?
✐ Jika aku seorang lelaki yang mengatakan
cinta padamu kerana ALLâh namun
tidak boleh menjaga izzah ketika berdekatan denganmu, apakah tidak boleh
menolakku dengan perisai malumu?
✐ Jika aku seorang lelaki yang mengatakan
cinta padamu kerana ALLâh namun
tanpa berasa berdosa berani menyentuhmu, apakah kau tidak takut ALLâh murka padamu, masihkah kau percaya
pada ucapanku? Tak curigakah kau padaku? Tak inginkah kau menjauhiku? Atau
kerana kau telah terjebak ke dalam jurang cinta nafsu sehingga kau tak mampu
menolakku walaupun kau tahu semua ucapanku: "Mencintaimu Kerana ALLah" adalah palsu.
Ketahuilah Hawa..
✐ Jika aku seorang lelaki sejati yang
mencintaimu kerana ALLâh, aku tidak
akan berani menyentuhmu, bahkan hatimu sekalipun. Kerana aku malu pada Allah
jika bayanganku mengacaukan kekhusyukan ibadahmu.
✐ Jika aku seorang lelaki sejati yang
mencintaimu kerana ALLâh, aku tidak
akan pernah berani merayumu, menggodamu, bahkan dengan bebas tanpa batas
berinteraksi denganmu Kerana kau belumlah halal bagiku. Aku malu jika harus
membuatmu lebih banyak mengingatku dari pada mengingat-Nya. Aku malu jika harus
menjadi seseorang yang membuat-Nya cemburu padamu kerana kau rela melanggar
larangan-larangan-Nya kerana cintamu padaku.
✐ Jika aku seorang lelaki sejati yang
mencintaimu kerana ALLâh, aku tidak
akan risau tidak dapat memilikimu kerana tidak mengungkapkan cintaku padamu
sekarang walau saat ini aku begitu mengagumimu dan menginginkanmu menjadi
bidadariku. Kerana aku yakin jika engkau memang ditakdirkan untukku, engkau
pasti akan menjadi milikku walau aku tidak mengikatmu.
✐ Bukankah jika ALLâh tidak mentakdirkan kita bersama di ikatpun pasti akan terlepas
juga akhirnya? Jadi untuk apa aku risau?
Hawa.. Sadarlah.!
✐ Jika aku seorang lelaki yang benar-benar
mencintaimu kerana ALLâh, aku hanya
akan berani merayumu, menggodamu, dan menyentuhmu setelah engkau halal bagiku.
hebat!
ReplyDelete