BismiLLâhir-Raĥmanir-Raĥim
Sabbaĥa
LiLLâhi Mâ Fis-Samâwâti Wa Mâ Fil-'Arđ;
Wa Huwal-‘Azizul-Ĥakim Huwal-Lażina 'Akhrajal-Lażina Kafaru Min 'Ahlil-Kitâbi Min-Diyârihim Li-'Awwalil-Ĥasyr. Mâ Źanantum 'Ay-Yakhruju Wa Źannu 'An-Nahum-Mâni-‘Atuhum Ĥuşunuhum-MinaLLâhi Fa-'Atâhu-MuLLâhu-Min Ĥayshu Lam Yaĥta-Sibuu‚ Wa Qażafa Fi Qulubi-Himur-Ru‘-Ba-Yukh-Ribuna
Buyutahum-Bi-Aydihim Wa 'Aydil-Mu'-Minin. Fâ‘-Tabiru Yâ-'Ulil-'Abşâr
Wa Law Lâ 'An-KatabaLLâhu ‘Alay-Himul-Jalâ-'A La-‘Ażżabahum Fiddunyâ; Wa Lahum Fil-'Âkhirati ‘Ażâbun-Nâr Żâlika Bi-'Annahum Syâq-QuLLâha Wa Rasulah. Wa May-YusyâqqiLLâha Fa-'In-NaLLâha Syadidu ‘Iqâb Mâ Qaţa‘-Tum-Millinatin 'Aw
Tarak-Tumuhâ Qâ-'Imatan ‘Alâ
'Uşulihâ Fabi-'IżniLLâhi Wa Liyukhzi-Yal-Fâsiqin Wa Mâ 'Afâ-'ALLâhu ‘Alâ
Rasulihi Minhum Fa-Mâ 'Awjaftum ‘Alay-Hi Min-Khay-Liw-Wa
Lâ Rikâbiw-Wa Lakin-NaLLâha Yusalliţu
Rusulahu ‘Alâ May-Yasyâ. WaLLâhu ‘Alâ Kulli Syay-'In-Qadir Mâ 'Afâ-'ALLâhu ‘Alâ Rasulihi Min 'Ahlil-Qurâ FaLiLLâhi Wa Lir-Rasuli Wa Liżil-Qurbâ Wal-Yatâmâ Wal-Masâkini Wabnis-Sabili Kay Lâ
Yakuna Dulatam-Baynal-'Aġniyâ-'I
Minkum. Wa Mâ 'Âtâkumur-Rasulu
Fa-Khużuhu Wa
Mâ Nahâkum ‘Anhu Fântahu. WattaquLLâh; 'InnaLLâha Shadidul-‘Iqâb Lil-Fuqarâ-'Il-Muhâjiri Nallażiina 'Ukhriju
Min-Diyâ-Rihim Wa 'Amwâlihim Yab-Taġuna Fađlam-
MinalLLâhi Wa Riđwânaw-Wa YanşurunaLLâha Wa Rasulah; 'Ulâ-'Ika Humuş-Şâdiqun Wallażina Tabawwa-'Ud-Dâra Wal-'Imâna Min-QablihimYuĥibbuna Man Hâjara 'Ilay-Him Wa Lâ
Yajiduna Fii Şudurihim Ĥâjatan-Mim-Mâ 'Utu Wa Yu'-Shiruna ‘Alâ 'Anfusi-Him Wa Law Kâna Bihim Khaşâşah. Wa May-Yuuqa Syuĥ-Ĥa
Nafsihi Fa-'Ulâ-'Ika Humul-Mufliĥun
Wallażina
Jâ-'U Mim-Ba‘-Dihim Yaquluna Rabbanâġ-Fir Lanâ Wa Li-Akhwâninal-Lażina
Sabaqunâ Bil-'Iimâni Wa Lâ Taj‘-Al Fi Qulubinâ Ġillal-Lillażina
'Âmanu Rabbanâ 'Innaka Ra-'Ufun Raĥim 'Alam Tarâ 'Ilallażina
Nâfaqu Yaquluna Li-'Ikhwânihimul-Lażina Kafaru Min 'Ahlil-Kitâbi La-'In 'Ukh-Rij-Tum Lanakh-Rujanna Ma-‘Akum Wa Lâ Nuţi-‘U Fikum 'Aĥadan 'Abadaw-Wa 'In-Qutiltum Lanan-Şurannakum. WaLLâhu Yasy-Hadu 'Innahum Lakâżibun La-'in 'Ukhriju
Lâ Yakh-Rujuna Ma-‘Ahum; Wa
La-'In-Qutilu Lâ Yanşurunahum; Wa
La-'In Naşaruhum Layu-Wallunnal-'Adbâr; Shumma Lâ Yunşarun La-'Antum 'Asyaddu
Rahbatan-Fi Şuduurihim MinalLLâh. Żâlika
Bi-'Annahum Qawmul-Lâ-Yafqahun Lâ Yuqâtilunakum-Ja-Mi-‘An 'Illâ Fi Quram-Muĥaş-şanatin
'Aw Minw-Warâ-'I Judur. Ba'-Suhum- Baynahum Syadid; Taĥsabuhum Jami-‘Aw-Wa Qulubuhum-Syattâ; Żâlika
Bi-'Annahum Qawmul Lâ Ya‘-Qilun Kamasya-Lillażina
Min-Qablihim Qariban Żâqu Wabâla 'Amrihim; Wa Lahum ‘Ażâbun 'Alim Kamashalisy-Syayţâni
'Iż Qâla Lil-'Insânik-Fur Falam mâ Kafara Qâla 'Inni Bari-'Un Minka 'Inni 'AkhâfuLLâha Rabbal-‘Âlamin Fakâna ‘Âqibata-Humâ 'Annahumâ Fin-Nâri Khâlidayni
Fihâ. Wa Żâlika
Jazâ-'Uź-Źâlimiin Yâ 'Ayyuhâllażina 'Â-Manut TaquLLâha Wal-Tanźur
Nafsum Mâ Qaddamat Liġad. WattaquLLâh; 'InnaLLâha Khabirum Bimâ Ta‘-Malun Wa Lâ Takunu Kâllażina NasuLLâha Fa-'Ansâhum 'An-Fusahum! 'Ulâ-'Ika Humul-Fâsiqun Lâ Yastawi 'Aş-Ĥâbu Nâri Wa 'Aş-Ĥâbul-Jannah; 'Aş-Ĥâbul-Jannati Humul-Fâ-'Izun Law 'Anzalnâ Hâżâl-Qur-'Âna ‘Alâ Jabalil-Lara-'Aytahu Khâsyi-‘Am-Mutaşad-Di-‘Am-Min Khasy-YatiLLâh. Wa Tilkal-'Amshâlu Nađribuhâ Linnâsi La-‘Allahum Yatafak-Karun HuwaLLâhullażi
Lâ-'Ilâha 'Illâ Hu; ‘Âlimul-Ġaybi
Wasy-Syahâdah;
Huwar-Raĥmânur-Raĥim HuwaLLâhullażi
Lâ-'Ilâha 'Illâ Huwal-Malikul-Quddusus-Salâmul-Mu'-Minul-Muhay-Minul-‘Azizul-Jabbârul-Mutakabbir; SubĥânaLLâhi ‘Ammâ Yusyrikun HuwaLLâhul-Khâliqul-Bâri-'Ul-Muşawwiru-La-Hul-'Asmâ-'Ul-Ĥusnâ; Yusabbiĥu Lahu Mâ Fis-Samâwâti Wal-'Arđ;
Wa Huwal-‘Azizul-Ĥakim
Maksudnya:
Dengan
Nama ALLâh Yang Maha Pemurah Lagi
Maha Mengasihani
✐ Segala Yang ada di langit dan di bumi tetap
mengucap tasbih kepada ALLâh; dan Dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Maha
Bijaksana.
✐ Dia lah Yang telah mengeluarkan orang-orang
kafir di antara ahli Kitab - dari kampung halaman mereka pada julung-julung
kali mereka berhimpun hendak memerangi RasuluLLâh. kamu (Wahai umat
Islam) tidak menyangka Bahawa mereka akan keluar (disebabkan bilangannya Yang
ramai dan pertahanannya Yang kuat), dan mereka pula menyangka Bahawa
benteng-benteng mereka akan dapat menahan serta memberi perlindungan kepada
mereka (dari azab) ALLâh. maka ALLâh menimpakan (azabNya)
kepada mereka dari arah Yang tidak terlintas Dalam fikiran mereka, serta
dilemparkanNya perasaan cemas takut ke Dalam hati mereka, (Lalu) mereka
membinasakan rumah-rumah mereka Dengan tangan mereka sendiri (dari dalam)
sambil tangan orang-orang Yang beriman (yang mengepung mereka berbuat demikian
dari luar). maka insaflah dan ambilah pelajaran (dari peristiwa itu) Wahai
orang-orang Yang berakal fikiran serta celik mata hatinya.
✐ Dan kalaulah tidak kerana ALLâh telah menetapkan pengusiran (yang demikian
buruknya) terhadap mereka, tentulah ia akan menyeksa mereka di dunia; dan
mereka pula akan beroleh azab seksa neraka pada hari akhirat kelak.
✐ (Mereka ditimpakan azab) Yang demikian, kerana
mereka mereka menentang (perintah) ALLâh dan RasulNya. dan
(ingatlah), sesiapa Yang menentang (perintah) ALLâh, maka Sesungguhnya ALLâh amatlah berat azab seksaNya.
✐ Mana-mana jua pohon kurma (kepunyaan musuh) Yang
kamu tebang atau kamu biarkan tegak berdiri seperti keadaannya Yang asal, maka
Yang demikian adalah Dengan izin Allah (kerana ia hendak memberi kemenangan
kepada orang-orang mukmin), dan kerana ia hendak menimpakan kehinaan kepada
orang-orang Yang fasik.
✐ Dan apajua Yang ALLâh kurniakan kepada
RasulNya dari peninggalan harta benda mereka (yang telah diusir itu, maka kamu
tidak berhak mendapatnya), kerana kamu tidak memecut seekor kuda pun dan tidak
menunggang seekor unta pun (untuk berperang mengalahkan mereka); tetapi ALLâh memberikan kekuasaan kepada Rasul-rasulNya
mengalahkan sesiapa Yang dikehendakiNya (dengan tidak payah berperang); dan ALLâh Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
✐ Apa Yang ALLâh kurniakan kepada
RasulNya (Muĥammad) dari harta
penduduk negeri, bandar atau desa Dengan tidak berperang, maka adalah ia
tertentu bagi ALLâh, dan bagi RasuluLLâh, dan bagi kaum kerabat
(RasuluLLâh), dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin,
serta orang-orang musafir (yang keputusan). (Ketetapan Yang demikian) supaya
harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu.
dan apa jua perintah Yang dibawa oleh RasuluLLâh (ﷺ) kepada kamu maka Terimalah serta
amalkan, dan apa jua Yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah
laranganNya. dan bertaqwalah kamu kepada ALLâh; Sesungguhnya ALLâh amatlah berat azab seksaNya (bagi orang-orang
Yang melanggar perintahNya).
✐ (Pemberian itu hendaklah diuntukkan) kepada
orang-orang fakir Yang berhijrah, Yang telah diusir keluar dari kampung
halamannya dan harta bendanya (kerana berpegang teguh kepada ajaran Islam),
untuk mencari limpah kurnia dari ALLâh dan keredaanNya, serta
menolong (ugama) ALLâh dan RasulNya; mereka itulah orang-orang Yang
benar (imannya dan amalnya).
✐ Dan orang-orang (Ansar) Yang mendiami negeri
(Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang Yang berhijrah ke
negeri mereka, dan tidak ada pula Dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa
Yang telah diberi kepada orang-orang Yang berhijrah itu; dan mereka juga
mengutamakan orang-orang Yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri,
sekalipun mereka Dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat. dan (ingatlah),
sesiapa Yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat
bakhilnya, maka merekalah orang-orang Yang berjaya.
✐ Dan orang-orang (Islam) Yang datang kemudian
daripada mereka (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami! ampunkanlah
dosa Kami dan dosa saudara-saudara Kami Yang mendahului Kami Dalam iman, dan
janganlah Engkau jadikan Dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap
orang-orang Yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau amat melimpah
belas kasihan dan RahmatMu".
✐ Tidakkah Engkau melihat dan merasa hairan (Wahai
Muĥammad) terhadap sikap orang-orang
munafik itu? mereka tergamak berkata kepada saudara-saudara mereka Yang kafir
dari kalangan (kaum Yahudi) ahli Kitab: "Sesungguhnya, kalau kamu dihalau
keluar sudah tentu Kami akan keluar bersama-sama kamu, dan Kami tidak akan
tunduk taat kepada sesiapapun untuk menentang kamu selama-lamanya; dan kalau
kamu diperangi, sudah tentu Kami akan membela kamu!" padahal ALLâh mengetahui dan menyaksikan Bahawa sebenarnya
mereka adalah pendusta.
✐ Demi sesungguhnya! jika orang-orang (Yahudi) itu
dihalau keluar (dari Madinah), mereka (yang munafik) ini tidak akan keluar
bersama-samanya; dan Demi sesungguhnya, jika orang-orang (Yahudi) itu
diperangi, mereka (yang munafik) ini tidak akan membelanya; dan Demi
sesungguhnya, jika ditakdirkan mereka membelanya sekalipun, sudah tentu mereka
(semuanya - Yahudi dan munafik) akan melarikan diri; kemudian mereka tidak akan
mendapat pertolongan, -
✐ (Kerana) Sesungguhnya kamu - Dalam hati mereka,
- sangat ditakuti lebih dari ALLâh; Yang demikian itu,
kerana mereka ialah kaum Yang tidak memgerti (akan kekuasaan ALLâh dan kebesaranNya).
✐ (Orang-orang Yahudi dan orang-orang munafik)
Dengan keadaan bersatu padu sekalipun, tidak berani memerangi kamu melainkan di
kampung-kampung Yang berbenteng kukuh, atau dari sebalik tembok. (Sebabnya):
permusuhan di antara mereka sesama sendiri amatlah keras; Engkau menyangka
mereka bersatu padu, sedang hati mereka berpecah belah (disebabkan berlainan
kepercayaan mereka). Yang demikian itu, kerana mereka adalah kaum Yang tidak
memahami (perkara Yang sebenarnya Yang memberi kebaikan kepada mereka).
✐ (Keadaan kaum Yahudi itu) samalah seperti
orang-orang (dari suku Yahudi) Yang terdahulu sedikit dari mereka, Yang telah
merasai akibat Yang buruk (di dunia) Dengan sebab bawaan kufur mereka; dan
mereka pula akan beroleh azab seksa Yang tidak terperi sakitnya (pada hari
akhirat kelak).
✐ (Sikap kaum munafik Dengan kaum Yahudi) itu
samalah seperti (sikap) Syaitan ketika ia berkata kepada manusia: "Berlaku
kufurlah engkau!" setelah orang itu berlaku kufur (dan tetap terkena
azab), berkatalah Syaitan kepadanya: "Sesungguhnya Aku adalah berlepas
diri daripadamu, kerana sebenarnya Aku takut kepada ALLâh, Tuhan Yang Menguasai seluruh alam!"
✐ Maka kesudahan keduanya, Bahawa mereka
ditempatkan di Dalam neraka, kekal mereka di dalamnya. dan Yang demikian itulah
balasan makhluk-makhluk Yang zalim.
✐ Wahai orang-orang Yang beriman! bertaqwalah
kepada ALLâh (dengan mengerjakan suruhanNya dan
meninggalkan laranganNya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan
memerhatikan apa Yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok
(hari Akhirat). dan (sekali lagi diingatkan): bertaqwalah kepada ALLâh, Sesungguhnya ALLâh amat meliputi
pengetahuannya akan Segala Yang kamu kerjakan.
✐ Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang
Yang telah melupakan (perintah-perintah) ALLâh, lalu ALLâh menjadikan mereka melupakan (amal-amal Yang
baik untuk menyelamatkan) diri mereka. mereka itulah orang-orang Yang fasik -
derhaka.
✐ Tidaklah sama ahli neraka dan ahli Syurga; ahli
Syurgalah orang-orang Yang beroleh kemenangan (mendapat Segala Yang diingini).
✐ Sekiranya Kami turunkan Al-Qur-'Ân ini ke atas sebuah gunung, nescaya
Engkau melihat Gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada ALLâh. dan (ingatlah), misal-misal Perbandingan ini
Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya.
✐ Dia lah ALLâh, Yang tidak ada Tuhan
melainkan dia; Yang mengetahui perkara Yang ghaib dan Yang nyata; Dia lah Yang
Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
✐ Dia lah ALLâh, Yang tidak ada Tuhan
melainkan dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha
Selamat sejahtera (dari Segala kekurangan); Yang Maha melimpahkan Keamanan;
Yang Maha pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha kuat (menundukkan
segala-galanya); Yang Melengkapi Segala KebesaranNya. Maha suci ALLâh dari Segala Yang mereka sekutukan dengannya.
✐ Dia lah ALLâh, Yang menciptakan sekalian makhluk; Yang
mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang membentuk rupa (makhluk-makhlukNya
menurut Yang dikehendakiNya); bagiNyalah nama-nama Yang sebaik-baiknya dan
semulia-mulianya; bertasbih kepadanya Segala Yang ada di langit dan di bumi;
dan Dia lah Yang tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana.
No comments:
Post a Comment