Dari
Anas رضي ﷲ عنه. berkata bahawa ada
tujuh macam pahala yang dapat diterima
seseorang
itu selepas matinya.
✐ Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia
tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di
dalamnya.
✐ Sesiapa yang mengalirkan air sungai
selagi ada orang yang minum daripadanya.
✐ Sesiapa yang menulis mushaf ia akan
mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.
✐ Orang yang menggali perigi selagi ada
orang yang menggunakannya.
✐ Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi
ada yang memakannya baik dari manusia atau burung.
✐ Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna
selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.
✐ Orang yang meninggalkan anak yang soleh
yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya
✐ Yakni anak yang selalu diajari ilmu
Al-Qur-'Ân maka orang yang
mengajarnya
akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan
ajaran-ajarannya
tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri.
Abu
Hurairah رضي ﷲ عنه. berkata, Nabi Muĥammad ﷺ. telah bersabda:
Apabila Telah Mati Anak
Adam Itu, Maka Terhentilah Amalannya Melainkan Tiga Macam :
✐ Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal
Jariah)
✐ Ilmu yang berguna dan diamalkan.
✐ Anak yang soleh yang mendoakan baik
baginya.
No comments:
Post a Comment