✐ RasuluLLâh ﷺ bersabda yang bermaksud: “Janganlah kamu
meremehkan kebaikan apa pun, walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah
yang manis (wajah ceria dan senyuman).” – Hadis Riwayat Muslim.
✐ Senyum
merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman yang dapat merangsang seluruh
tubuh melaui sistem saraf otak dan juga hormon-hormon. Apabila kita tersenyum,
badan turut ‘tersenyum’ dan memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke
otak. Ini sangat bermanfaat dalam mengelakkan tekanan darah yang tinggi ke
otak.
✐ Apabila
kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika
mengerutkan dahi.
✐ Senyuman
bukan hanya sekadar reaksi terhadap sesuatu, malah ia juga terlibat dalam
penghasilan endorphin yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan
seseorang itu merasa lebih selesa dengan diri sendiri.
✐ Ketawa
(berperasaan gembira) sebanyak 100 kali dalam tempoh 24 jam mempunyai manfaat
kardiovaskular sama seperti bersenam selama 10 minit. Hal ini demikian kerana
apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat.
Seterusnya, kedua-dua kadar ini akan turun lebih rendah daripada paras sebelum
ketawa.
✐ “Tawa
RasuluLLâh
ﷺ hanyalah senyuman.” –
Riwayat Tirmidzi.
✐ Kajian
yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California
menjelaskan terdapat dua jenis ‘stress’ iaitu stress yang baik dan stress yang
tidak baik. Senyum dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak
baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.
✐ Apabila
kita senyum, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah
selaras dengan pertambahan Gamma-interferon (protein melawan penyakit), sel T
(yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan
antibodi untuk melawan penyakit).
✐ Senyuman
juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah
dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan.
✐ Senyuman
yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan bahan kimia badan dan secara tidak
langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok,
arthritis dan ulser.
✐ Senyuman
dan ketawa adalah senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen,
sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ia ibarat urutan
terhadap organ-organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang
kedua-dua belah otak dan meningkatkan daya tumpuan belajar. Ia juga melegakan
ketegangan otot dan tekanan psikologi, membuatkan otak lebih peka serta
bersedia menerima maklumat baru.
✐ Ketawa
juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan
pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan.
✐ Senyum
mampu menjadi penawar kepada penyakit rohani yang kronik. Ia juga mampu
menyejukkan hati yang sedang marah dan memulakan sebuah ukhuwwah.
✐ Dalam
ajaran Islam, senyum mempunyai kedudukan yang setaraf dengan bersedekah. Sabda RasuluLLâh ﷺ: “Senyum kalian bagi saudaranya adalah
sedekah, beramar makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya
juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga
sedekah.” (HR Tirmizi dan Abu Dzar).
Senyum
seindah suria yang membawa cahaya.
Senyumlah
dari hati.
Duniamu
berseri.
Senyum
umpama titian dalam kehidupan.
Kau
tersenyum, ku tersenyum.
Kemesraan
menguntum.
Senyum
kepada semua.
Senyumanmu
amatlah berharga.
Senyum
membahagiakan.
DENGAN
SENYUMAN, TERJALINLAH IKATAN.
No comments:
Post a Comment