✐ RasuluLLâh ﷺ.
telah bersabda yang bermaksud:
"Sesiapa
yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan
jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya
solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan
selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim)
✐ RasuluLLâh ﷺ telah bersabda bahawa:
"10
orang solatnya tidak diterima oleh ALLâh و تعالى سبحانه
Diantaranya Ialah :
☞ Orang lelaki yang solat sendirian tanpa
membaca sesuatu.
☞ Orang lelaki yang mengerjakan solat
tetapi tidak mengeluarkan zakat.
☞ Orang lelaki yang menjadi imam, padahal
orang yang menjadi makmum membencinya.
☞ Orang lelaki yang melarikan diri.
☞ Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu
meninggalkannya (Taubat).
☞ Orang perempuan yang suaminya marah
kepadanya.
☞ Orang perempuan yang mengerjakan solat
tanpa memakai tudung.
☞ Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim
menganiaya.
☞ Orang-orang yang suka makan riba'.
☞ Orang yang solatnya tidak dapat
menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."
✐ RasuluLLâh ﷺ yang bermaksud:
"Barang
siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji
dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan ALLâh و تعالى سبحانه dan jauh dari ALLâh."
✐ Hassan رضي ﷲعنه berkata:
"Kalau
solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan
keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan
pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu
seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."
No comments:
Post a Comment