Kisah
ini mengenai seorang wanita tua berasal dari Perak yang menunaikan haji.
Wanita
ini, kerana sudah tua dan uzur, lutut pun lemah dan sentiasa sakit, menggunakan
kerusi roda semasa tawaf dan saie. Dia mengupah petugas Arab menolaknya, tujuh
kali pusingan tawaf dan tujuh kali berulang alik antara Bukit Safa dan Marwah.
Beliau
menunaikan tawaf rukun dan saie saja. Yang sunat tak mampu kerana uzur. Lagi
pun wangnya hanya cukup-cukup saja.
Namun,
ada satu amalan mulia dimiliki Muslimah ini. Yakni mencontohi sunnah Nabi ﷺ, mengasihani dan menyayangi kucing di desanya.
Dia
amat suka memelihara kucing. Di rumahnya banyak kucing. Dia melayan makan dan
minum kucing. Dia pungut kucing yang dibuang orang, diberikan makan dan minum,
dirawat dan dimandikan dengan sabun wangi.
Walaupun
banyak kucing jalanan itu lemah, sakit, kurus kering atau lumpuh, tetap
diambilnya untuk dirawat di rumahnya. Ada yang berkudis dan sakit serius.
Pendeknya rumahnya menjadi pusat kucing kurap.
Maka
terkenal lah rumahnya jadi pusat rawatan kucing. Mana-mana kucing yang mati
dikuburkan di kebunnya. Demikian begitu kasih Muslimah ini kepada makhluk Allah
yang lemah lembut itu.
Justeru,
ada kucing-kucing peliharaannya manja, gemuk dan sihat, serta cantik-cantik
belaka, berkat khidmatnya, yang ikhlas.
Tahun
itu beliau berangkat, menunaikan haji dengan menggunakan perkhidmatan Tabung
Haji. Gembira dan sayu nian kalbunya, kerana hajatnya untuk ke Tanah Suci,
solat di Masjidilharam dan melihat Baitullah di depan mata sudah terkabul
sudah.
Ingin
di hatinya untuk tawaf banyak-banyak seperti orang muda dan sihat. Tetapi
apakan daya, lututnya sakit manakala badan uzur. Setelah solat fardu
sentiasalah beliau memanjatkan doa dan pertolongan Allah, agar hajatnya
dimakbulkan.
Pada
suatu hari, semasa hendak pergi solat di Masjidilharam dengan keadaan
bertongkat, beliau terjumpa seekor kucing yang kurus, comot, lemah dan lapar.
Apabila
kucing itu hendak bangun berjalan, ia jatuh berkali-kali. Kasihan nian wanita
tua itu melihat makhluk Allah itu menderita dan sengsara di kota suci Makkah.
Lantas
diambilnya kucing itu, diurutnya tubuhnya yang lemah itu. Dibelikan sebungkus
nasi berlauk dan diberikan minum air zam-zam yang murni.
Dengan
takdir Allah, kucing itu pulih dan sihat. Kucing itu telah menggesel kaki
Muslimah tadi, lalu menjilat kedua-kedua tapak kakinya. Ajaib sungguh, kaki dan
lututnya yang sakit tadi, tiba-tiba menjadi sihat dan kuat, seperti orang muda.
Muslimah
tua tadi dapat tawaf sebanyak-banyaknya, ikut suka hatinya. Tertunailah hajat
yang terbuku di hatinya selama ini, berkat menolong seekor kucing di Makkah
yang mulia itu..
Setelah
tawaf wida (selamat tinggal) dan menziarahi Masjid Nabawi, hajah yang solehah
tadi berserta rombongannya bersiaplah untuk pulang ke Malaysia.
Sewaktu
hendak menaiki tangga pesawat di Jeddah, Muslimah tua tadi terlopong melihat
seekor kucing yang mirip kucing yang ditolongnya sewaktu di Makkah dulu.
Kucing
itu duduk di sisi tangga pesawat itu sambil matanya merenung sayu padanya.
Apabila Muslimah tadi sampai ke anak tangga teratas, kucing tadi ghaiblah
daripada pandangannya.
Demikianlah
ganjaran dan berkat orang yang mengasihi kucing, seperti Nabi kita ﷺ. mengasihinya di dunia ini, lebih-lebih besarlah pahala menunggunya di alam
akhirat nanti. Âmin
WaLLâhu 'A‘-Lam Biş-Şawab...
No comments:
Post a Comment